Mei Fun: Harap Wan Azizah tunai janji
-
- Datin Seri Paduka Chew Mei Fun (kiri) dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - Foto Bernama
KAJANG - Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini mengucapkan tahniah kepada pencabarnya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di atas kemenangan dalam pilihan raya kecil Kajang hari ini.
Oleh itu, menurutnya beliau sangat berharap agar Wan Azizah dapat melaksanakan tugas barunya , dengan penuh dedikasi dan menunaikan segala janjinya terhadap penduduk Kajang.
"Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon PKR, Wan Azizah.
"Oleh itu,saya berharap beliau akan melaksanakan tugasnya sebagai Adun Kajang dengan penuh dedikasi dan dapat menunaikan manifesto yang dikemukakan oleh beliau, terutamanya dalam soal menyelesaikan masalah tempatan yang telah ditangguhkan buat bertahun-tahun," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Wan Azizah memperoleh kemenangan dengan majoriti 5,379 undi. PKR mendapat 16,741 undi manakala BN pula mendapat 11,362 undi.
Seramai 28,314 atau 72 peratus keluar mengundi pada pilihan raya hari ini, menurun berbanding pilihan raya umum lalu

0 orang berkata:
Post a Comment