Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEMARAU

Tiba-tiba Harga Tong Air Naik 300%!

Tindakan keterlaluan peniaga! Harga tong air naik 300%

Tindakan keterlaluan peniaga! Harga tong air naik 300%Peniaga yang mengeksploitasi harga bekas menyimpan air ketika berlaku catuan bekalan terutama di Lembah Klang bakal berdepan tindakan tegas termasuk didakwa di mahkamah atau dikenakan kompaun maksimum RM20,000 selain dipenjara dua tahun.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur atau berkompromi dengan peniaga yang dikesan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan seperti baldi, besen dan tong air sehingga 300 peratus.

Menurutnya, kementerian menerima rungutan daripada orang ramai di seluruh negara mengatakan ramai peniaga mengambil kesempatan menjual barangan digunakan untuk menadah dan menyimpan bekalan air itu dengan harga melambung tinggi berbanding harga biasa.

“Dalam seminggu dua ini, kita menerima banyak aduan dari seluruh negara terutama di Lembah Klang mengatakan terdapat peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga dengan melampau berikutan permintaan tinggi terhadap baldi, besen dan tong untuk menyimpan bekalan air di rumah.

“Tindakan mereka sangat keterlaluan apabila mengambil kesempatan ketika orang ramai berdepan krisis catuan air. -HM


Jadikan tong air barang kawalan

Lonjakan harga tong-tong air akibat perbuatan 'mencekik darah' oleh peniaga yang mengambil kesempatan semasa gangguan bekalan air perlu ditangani segera.

Lantaran itu, harga tong-tong air perlu dipertimbangkan untuk dijadikan barang kawalan buat sementara waktu.

Jika tidak, pengguna yang mengalami gangguan bekalan air akan berasa trauma - sudahlah terbeban dengan masalah air, terpaksa pula berbelanja lebih bagi membeli tong-tong air pada harga tidak munasabah.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) , Datuk Jacob George berkata, tindakan peniaga yang mengaut keuntungan melampau itu sudah pun dilaporkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

"Cadangan ini terpaksa dilakukan oleh CASSA kerana hasil tinjauan kami harga yang ditetapkan untuk tong-tong air cukup tinggi, sangat melampau.

"Tidak munasabah bukan kalau harga tong air mencecah hampir RM90. Mengapa beban pengguna perlu ditambah dalam situasi ini.

"Logiknya pun, tong-tong air tidak akan digunakan selepas bekalan air pulih," katanya kepada MalaysiaGazette.

Jacob menambah, perbuatan segelintir peniaga itu memang sudah diduga berdasarkan pengalaman krisis air pada 1998, oleh itu pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pengilang barangan plastik agar tidak menaikkan harga dan pada dasarnya mereka bersetuju.

"Tetapi masalah peniaga pula yang menaikkan harga," ujarnya.
- MalaysiaGazette


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.