Khamis, 6 Mac 2014
KETUANAN MELAYU LIAR
YB TERESA & BILIK SULIT
Umno Bodohkan Melayu, Teresa Kok Menjadi Mangsa di Permatang Pauh
Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang (SAMM Penang) bersama Pemuda Pas Kawasan Pekan Permatang Pauh telah menganjurkan satu ceramah umum di Padang Cermai, Permatang Pauh, malam tadi.
Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang (SAMM Penang) bersama Pemuda Pas Kawasan Pekan Permatang Pauh telah menganjurkan satu ceramah umum di Padang Cermai, Permatang Pauh, malam tadi.
Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang
tampil ceramah malam tersebut adalah termasuk YB Nizar Jamaludin, YB
Teresa Kok, YB Steven Lim dan che'GuBard.
Ketika YB Teresa Kok selesai berucap,
hadir seorang lelaki mendekati Teresa untuk tujuan bersalaman. Namun
berlaku kekecohan apabila lelaki tersebut memecahkan telur ketika
bersalam dengan YB Teresa Kok hingga mengotorkan baju beliau.
SAMM Penang mengutuk keras kejadian yang
melambangkan betapa pihak gerombolan yang konon melaungkan hidup melayu
langsung tidak menunjukan adab, tata susila masyarakat timur yang jauh
lebih sopan dan bertamadun.
SAMM Penang menegaskan, Umno dan Barisan
Nasional wajib ditumbangkan segera kerana telah mengamalkan pembodohan
melampau terhadap rakyat. Lelaki malang yang menyerang Teresa Kok ini
pastinya tidak mendapat maklumat yang betul mengenai video yang
diterbitkan oleh Teresa Kok.
Media kawalan Umno juga bertanggungjawab
dalam siri-siri pembodohan bangsa yang berterusan. Malah, Utusan terus
memusing berita apabila mengfitnah kejadian malam tadi kononnya Teresa
Kok ditampar.
Kini laporan polis telah dibuat, kami menanti apakah hasil siasatan berhubung laporan yang telah dibuat. Semoga slogan "Tegas, Adil & Berhemah" benar-benar terlaksana.
Afzanizam Hashim
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang (SAMM Penang)
BARBARIAN
ialah
anak
BABI
dalam
GERMAN




0 orang berkata:
Post a Comment