Kenyataan hakim terhadap Anwar tak wajar – N Surendran
KUALA
LUMPUR 5 MAC: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyelar kenyataan
dikeluarkan mahkamah berhubung rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk
menghalang Shafee Abdullah untuk menjadi pendakwaraya dalam perbicaraan
Fitnah 2 Anwar Ibrahim.
Kenyataan dikeluarkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Balia Yusuf Wahi
yang menyatakan tindakan Anwar sengaja melambatkan proses perbicaraan,
sebagai tidak adil dan tidak wajar.
“Saya merujuk kepada Keputusan Mahkamah Rayuan 3 Mac lalu yang
menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk membatalkan peguam Umno, Shafee
Abdullah daripada menjadi pendakwaraya dalam rayuan kerajaan berhubung
kes Fitnah 2.
“Hakim Datuk Balia Yusuf Wahi mendakwa bahawa permohonan Anwar telah
dibuat untuk melambatkan rayuan kerajaan dan merupakan penyalahgunaan
proses.
“Kenyataan ini adalah tidak wajar dan tidak perlu,” kata Surendran Surendaran yang juga seorang peguam menegaskan, hakim sepatutnya
menjalankan tugas selari dengan prinsip undang-undang tanpa pengaruh
politik pemerintah.
Tambahnya, umum mengetahui bahawa Shafee yang bakal menegetuai
pendakawaan bagi kes Fitnah Anwar adalah peguam peribadi Perdana Menteri
Najib Razak.
“Tugas hakim adalah untuk mendengar semua permohonan dan hujah bagi pihak tertuduh, dan kemudian membuat keputusan.
“Apatah lagi dalam kes seperti ini di mana Anwar adalah mangsa
tuduhan bermotifkan politik yang dibawa dengan galakan dan hasutan
kerajaan memerintah .
“Prinsip perundangan jenayah bahawa, orang yang dituduh harus
dibenarkan peluang untuk mempertahankan dirinya, hak untuk perbicaraan
yang adil adalah prinsip asas sistem keadilan jenayah kita.
“Kita menyeru kerajaan BN dan PM Najib Razak, yang mana peguam
peribadinya adalah pendakwa bagi kes Fitnah Anwar, untuk menggugurkan
tuduhan rekaan terhadap pemimpin pembangkang, ” katanya.



0 orang berkata:
Post a Comment