Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NASIB NEGARA YANG TIDAK PUNYA SATELIT CANGGIH


MH370: Imej satelit baharu diterima daripada pihak berkuasa Perancis

 

23/03/2014 10:28pm

KUALA LUMPUR - Malaysia menerima imej satelit baharu daripada pihak berkuasa Perancis menunjukkan objek-objek berpotensi yang mungkin berkaitan dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di sekitar koridor selatan pagi ini, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan berkata, imej-imej itu dihantar dengan segera kepada pusat koordinasi menyelamat Australia yang mengetuai usaha mencari di kawasan berkenaan.

Sebelum ini, Australia dan China telah mengeluarkan imej-imej satelit yang menunjukkan objek-objek berpotensi, dipercayai berkaitan dengan MH370 di sekitar koridor selatan, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Bagaimanapun, Hishammuddin berkata, kementerian telah dimaklumkan pegawai-pegawai Australia bahawa mereka tidak melihat apa-apa yang baharu mengenai MH370 pada pukul 2.30 petang (waktu Malaysia).

Dalam penghantaran aset, dua pesawat Ilyushin IL-76 China akan berlepas dari Perth untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 5 dan 6 pagi esok. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.