72 peratus pengundi turun mengundi pada PRK DUN Kajang hari ini
23/03/2014 7:04pm
BANGI - Seramai 28, 314 daripada 39,278 ataupun 72 peratus pengundi
telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Kecil
(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd.
Yusof berkata, peratusan tersebut tidak mencapai sasaran yang ditetapkan
pihaknya sebelum ini iaitu 80 peratus pengundi.
"Justeru, kami akan membuat kajian berhubung perkara ini untuk
mencari puncanya," katanya pada sidang akhbar selepas tamat proses
pembuangan undi di sini. - KOSMO!


0 orang berkata:
Post a Comment