Mahkamah Mesir tangguh perbicaraan
KAHERAH - MESIR. Mahkamah di Mesir, hari ini menangguhkan perbicaraan
kedua melibatkan kira-kira 683 penyokong bekas Presiden digulingkan,
Mohammed Mursi termasuk Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie,
sehari selepas 529 penyokong pemimpin itu dihukum mati.
Media tempatan memaklumkan prosiding perbicaraan tersebut ditangguhkan pada 28 April depan.
Perbicaraan besar-besaran ke atas lebih 1,200 penyokong pro-Mursi di selatan wilayah Minya tersebut dibuat selepas mereka dituduh memusnahkan harta benda awam dan merusuh hingga menyebabkan dua anggota keselamatan terbunuh, Ogos lalu.
Bagaimanapun menurut Al-Jazeera, hukuman mati yang dikenakan ke atas lebih 500 penyokong Mursi itu telah mencetuskan kritikan banyak pihak kerana ramai mempertikaikan prosiding perbicaraan terbabit yang didakwa tidak mengikut prosedur ditetapkan.
Pakar undang-undang memaklumkan keputusan mengejut itu mungkin boleh ditarik balik dengan mengemukakan rayuan.
Sementara itu, Amnesty International turut mengecam keputusan tersebut yang disifatkan sebagai keterlaluan.
"Ia jelas menunjukkan kelemahan sistem keadilan di Mesir.
"Penyokong Mursi menjadi sasaran sedangkan pasukan keselamatan yang secara terang-terangan mencabul hak asasi manusia di negara itu langsung tidak dibawa ke muka pengadilan," menurut kenyataan Amnesty lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment