MH370: Najib jumpa Panglima ATM
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan
perbincangan dengan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin
mengenai pengesanan objek di selatan Lautan Hindi yang mungkin
berkaitan dengan pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang.
Najib dalam catatan terbaharu Twitternya berkata beliau mengadakan
perjumpaan itu selepas Perdana Menteri Australia Tony Abbott menelefon
beliau untuk menyampaikan berita pengesanan imej objek di satelit.
"Berjumpa dengan Panglima Angkatan Tentera. Selepas panggilan daripada
@TonyAbbottMHR, menunggu pengesahan dari Australia mengenai objek yang
ditemui," katanya dalam tweet beliau di @NajibRazak.
Abbot menelefon Najib pada pukul 10 pagi hari ini untuk memberitahu
beliau tentang kemungkinan objek yang berkaitan dengan pesawat MAS MH370
yang hilang dikesan di selatan Lautan Hindi.
Perdana Menteri Australia itu memberitahu Parlimen di Canberra awal
hari ini bahawa imej satelit telah menunjukkan dua objek yang mungkin
berkaitan dengan pesawat MAS Boeing 777-200ER yang hilang pada 8 Mac.
Agensi berita Reuters memetik Abbot sebagai berkata "Lembaga
Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah menerima maklumat berasaskan
imej satelit mengenai objek yang mungkin berkaitan dengan pencarian
itu."
Pesawat Malaysia Airlines MH370, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam sebelumnya. Pesawat itu dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Pengumuman hari ini di Australia bersamaan hari ke-13 misi mencari pesawat itu, menggabungkan kerjasama pelbagai negara, yang berpandukan data satelit telah mengalih operasi dari kawasan pencarian asal di Laut China Selatan ke Lautan Hindi.
Kawasan pencarian telah diperbesar meliputi bahagian luas di sebelah barat Malaysia termasuk Lautan Hindi apabila diketahui bahawa pesawat itu telah terbang selama tujuh jam selepas hilang dari radar.
Operasi mencari itu kemudian memberi tumpuan kepada dua koridor, menjangkaui dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment