Serpihan kecil ditemui di Lautan Hindi
KUALA LUMPUR - Serpihan-serpihan kecil termasuk sekeping palet kayu
dikesan oleh sebuah pesawat yang terbabit dalam pencarian MH370 di
selatan Lautan Hindi, lapor Agensi Berita Xinhua.
Laporan itu memetik Perdana Menteri Australia Tony Abbott sebagai
berkata bagaimanapun masih terlalu awal untuk mengaitkan serpihan
tersebut dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lepas.
"Semalam, satu daripada pesawat awam kami yang terbabit dalam pencarian
itu mengesan beberapa objek di satu kawasan kecil dalam zon pencarian
Australia.
"Akan tetapi sebelum kita boleh berbicara secara khusus tentang objek
itu, kita perlu mengambilnya dahulu. Masih terlalu awal untuk
benar-benar pasti," katanya kepada pemberita di Papua New Guinea pagi
Ahad.
Laporan Xinhua menerusi laman sesawangnya
http://news.xinhuanet.com/english itu turut memetik Abbot sebagai
berkata empat lagi pesawat iaitu masing-masing dua dari China dan Jepun
akan menyertai pencarian di kawasan berkenaan.
Mengenai imej yang dicerap oleh satelit China, beliau berkata cerapan itu membayangkan objek tersebut sangat besar.
Katanya harapan bahawa pihak berkuasa mungkin dapat menyelesaikan
misteri kehilangan pesawat tersebut semakin meningkat. - Bernama


0 orang berkata:
Post a Comment