Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga Khamis


23/03/2014 10:47am

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Bintulu, Mukah dan Rejang di Sarawak diramal berterusan sehingga Khamis ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan angin dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer (km) sejam dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi dan sukan laut.

Jelas lagi kenyataan itu, angin kencang dan laut bergelora turut diramalkan di
kawasan perairan Tioman, Reef South dan Samui.
Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang berlaku di kawasan
Sabah (Pantai Barat, Kudat dan Sandakan), Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak (Miri) Layang-layang, Sulu dan Palawan dijangka berterusan sehingga Khamis ini.
Keadaan itu menyebabkan angin kencang antara 50 hingga 60 km sejam serta ombak setinggi 4.5 meter dan berbahaya kepada aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. - Bernama




0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.