Sunday, March 23, 2014
MH370 - Spekulasi: Ini Kata IGP
Tapi aku kompius cikit
Bakri marah dan siap berikan amaran lagi
Tapi IGP kata ..........?
Spekulasi bantu siasatan MH370, kata KPN
Bakri marah dan siap berikan amaran lagi
Tapi IGP kata ..........?
Spekulasi bantu siasatan MH370, kata KPN
Ketua Polis
Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata spekulasi yang menular di
internet boleh membantu siasatan dalam misi mencari dan menyelamat
pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau spekulasi mengenai pesawat Boeing 777-200ER itu.
"Kami memantau
semua spekulasi ini kerana kita merasakan sedikit sebanyak ia membantu
dalam siasatan," katanya dalam satu wawancara disiarkan Utusan Malaysia
edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.
"Namun jika
sekadar spekulasi, kami melihat belum cukup untuk mengambil tindakan
melainkan mereka membuat fitnah," katanya.Beliau berkata demikian
sebagai mengulas berhubung tindakan polis yang bakal diambil kepada
penyebar spekulasi di media sosial.
Bagaimanapun, katanya, semua pihak dinasihatkan bijak membezakan antara fakta dan spekulasi.
"Jadi apa juga
yang ditulis oleh orang ramai dalam media sosial adalah berbentuk
spekulasi kerana tidak disokong oleh fakta, maka ia tetap kekal
spekulasi,” katanya.
Diminta
mengulas mengenai laporan media antarabangsa yang didakwa negatif dan
bersikap berat sebelah, Khalid berkata, terdapat media luar sengaja
memperkecil-kecilkan Malaysia.
"Kita kena
faham bahawa ada pihak asing yang dengki dengan kita. Mereka ini sengaja
mahu memperlekehkan kita. Malangnya ada kalangan masyarakat kita begitu
cepat percaya dengan berita asing.
"Walhal akhbar
kita yang patut lebih tahu kerana kita memberikan berita sebenar tetapi
mereka (rakyat) tidak mahu dengar,” katanya.
KPN mendakwa ada cubaan media asing untuk melaga-lagakan negara ini dengan pihak tertentu, termasuk China.
MH370 hilang
selepas kira-kira sejam berlepas untuk perjalanan ke Beijing dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan 239 penumpang
dan anak kapal pada 8 Mac lalu.
Hari ini merupakan hari ke-16 misi mencari dan menyelamat antarabangsa yang disertai lebih 26 negara. - 23 Mac, 2014. - sumber



0 orang berkata:
Post a Comment