Tarikh PRK Balingian, Kajang beza elak politiking
PUTRAJAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun)
Balingian, Sarawak tidak dijalankan serentak dengan PRK Dun Kajang bagi
mengelakkan simptom 'politiking' berpanjangan.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata keputusan itu diambil bagi memastikan kempen pilihan raya tidak rasmi dilakukan sebelum proses penamaan calon.
"Mengikut pengalaman SPR yang lepas, jika ada PRK tarikhnya berhampiran, kebiasaan SPR akan mengadakannya secara serentak.
"Pilihan raya serentak itu bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan kos semua pihak bahkan ia dapat mengurangkan politiking berpanjangan sebelum masanya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat SPR, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata selain itu PRK Dun Balingian tidak dapat dijalankan serentak disebabkan masalah teknikal susulan tempoh yang suntuk.
"Pegawai saya tidak dapat siapkan kerja masing-masing khususnya daftar pemilih untuk PRK itu dalam masa ditentukan.
"Bahkan kita lewatkan seminggu dan pilih Sabtu sebagai hari pengundian bagi membolehkan pengundi yang beragama Kristian pergi ke gereja pada keesokan harinya (Ahad)," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Aziz menafikan SPR lewat mengumumkan PRK Dun Kajang berbanding Balingian kerana pihaknya telah mengetahui kerusi Tan Sri Abdul Taib Mahmud itu akan dikosongkan sebulan lebih awal.
"PRK Dun Kajang itu kosong diketahui secara mengejut kerana penyandangnya tidak uzur atau meninggal dunia dan itu kita tidak jangka.
"SPR juga tidak lewat umumkan pilihan raya Kajang kerana ia tidak langgar dari 90 hari tempoh yang ditetapkan dan tidak awal 10 hari pun," katanya lagi.
SPR telah menetapkan 11 Mac ini bagi penamaan calon PRK Dun Kajang dan hari pengundian pula pada 23 Mac.
Manakala PRK Dun Balingian pula, SPR telah menetapkan 17 Mac sebagai tarikh penamaan calon dan 29 Mac pula tarikh mengundian biasa.

0 orang berkata:
Post a Comment