Monday, 8 September 2014
TUNGGU HARI JUMA'AT, SIAPAKAH YANG AKAN DI LANTIK SULTAN JADI MB SELANGOR ?
Sudah menjadi bualan ramai di Selangor dan dimana-mana pelusuk tanah air jiak wakil PAS yang terpilih oleh Sultan Selangor menjadi MB mahukah PKR dan DAP mengiktirafnya ? Dikatakan MB Selangor yang baru akan menggangkat sumpah pada juma'at ini.
Ramai berpandangan Sultan mungkin tidak akan melantik wakil daripada parti PKR kerana dikatakan parti itu telah menderhakai Sultan, walaupun PKR telah memohon ampun terhadap Sultan, namun mungkin kemarahan Sultan masih berparut yang sukar hilang buat masa yang terdekat ini,
Ramai berpandangan Sultan mungkin tidak akan melantik wakil daripada parti PKR kerana dikatakan parti itu telah menderhakai Sultan, walaupun PKR telah memohon ampun terhadap Sultan, namun mungkin kemarahan Sultan masih berparut yang sukar hilang buat masa yang terdekat ini,
Wakil PAS mungkin telah di maklumkan perkara perlantikan ini, demikian juga parti PAS, dan mungkin mereka telah membuat persediaan untuk di angkat sebagai MB Selangor yang baru, kemudian di ikuti oleh Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya sebagai MN Selangor
PAS terpaksa menghantar tiga nama atas arahan Sultan, demikian juga daripada parti PKR dan juga DAP, kita sememangnya tidak tahu siapa diantara mereka yang mendapat perkenan Sultan, apa yang kita sebut diatas ialah sekiranya Sultan memilih wakil PAS sebagai MB Selangor yang baru adakah PAS akan dipersalahkan oleh rakannya di dalam PR
Memandangkan pergeseran politik yang berlaku didalam negeri Selangor dan pertelengkahan yang berlaku di dalam PR kita yakin Sultan akan melantik wakil daripada PAS untuk memegang jawatan MB Selangor. PAS tidak boleh menolak perlantikan Sultan kerana nanti jika di tolak akan di tuduh derhaka pulak, andainya nanti kawan daripada PR membuat tuduhan tidak setia maka PAS bolehlah suruh mereka bertanyakan kepada Sultan, biar Sultan yang jawab
Ketentuan jawatan MB di Selangor adalah atas perkenan Sultan, jika Sultan tidak perkenan atas alasan tertentu maka jawatan itu tidak akan ujud, demikian adat dan resam di negara ini, perkara ini semua rakyat maklum termasuklah semua pimpinan parti-parti politik, andainya nanti ada yang tidak mahu memberikan kerjasama atas perkenan Sultan maka apa pula yang berlaku seterusnya ?
Adakah nanti apabila terlantiknya wakil PAS memegang jawatan MB Selangor maka akan berlakukah undi tidak percaya didalam DUN Selangor ? Semua ini kita tidak arif tentangnya, akan tetapi resiko itu tetap ada, kerana itu wakil PAS seboleh mungkin perlu berunding dengan rakan-rakannya di dalam PR sebelum perlantikan di buat, andainya perundingan itu berjaya maka tamatlah krisis di Selangor
Kerusi PAS yang hanya tinggal 13 kerusi di Selangor pasti akan menempuh berbagai kritikan daripada berbagai pehak, kecuali ia berusha untuk mendapatka sokongan tambahan ahli untuk cukup bilang supaya kritikan tidak berlaku, ini terpulanglah kepada kebijaksanaan wakil PAS atau partinya bagaimana ia hendak menyelesaikan kemelut jika ia mungkin akan berlaku
7 orang berkata:
Kalau MB dari PAS, saya sangat gembira dan syukur kepada Allah
Sultan tentu sayangkan negerinya.. rakyatnya dan istananya. Pilihan Sultan tentu setelah pertimbangan yang waras. Maka sebagai rakyat selangor perlu akur dan berhenti berfolimik dan berpolitik. Masa membangun dan menyelesai masalah rakyat perlu diutamakan.
Pkr tokleh doh jad iMb... keruh pekat sngat..payah doh nak jernis...kalu pkr jd Mb pun..rata2 rakyat sel akan juak dan meluat..tak akan kekal lama..
PKR hantarlah senarai calon spt diminta. Semua tau PKR telah mengikut lunas undang2. Tetapi utk menamatkan krisis ini cubalah beralah. Selamatkan PR.
Dap dan pkr kena terima,dah di beri peluang dan di beri amanah,tp mensia2kannya,sanggup mnjatuhkan mb yg mereka sendiri pilih,mb yang menjalankankan tugas dngn cemerlang,amanah dan disenangi rakyat,pkr ni suka menyerabutkan keadaan,gopoh,sepatutnya biarkan khalid ibrahim mentadbir dngn cemerlang,kerana rakyat malaysia memerhatikannya,dngan kecemerlangan kepimpinan selangor,dngn sendirinya rakyat tahu bahawa pr layak untuk ke putrajaya,dan akan diterjemahkan masa pru nanti,jika begini keadaannya,,,,,fiki2kanlah sendiri
Bagus komen2 entri ini.. sejuk hati baca.. terbaek!!!
Memang terbaik!!!!!
Post a Comment