DAP mohon ampun pada Sultan Selangor
SHAH ALAM – DAP hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah kerana parti itu telah menyebabkan tuanku berasa
dukacita terhadap keputusannya mengemukakan hanya satu nama iaitu Adun
Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar
baharu.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bagaimanapun berkata, meskipun parti
itu gagal memenuhi permintaan tuanku supaya mengemukakan lebih dua nama
bagi jawatan itu, namun pihaknya sentiasa setia dan mempertahankan
institusi Raja Berperlembagaan itu.
“Saya ingin memohon ampun kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
kerana telah menyebabkan tuanku merasa dukacita terhadap keputusan parti
DAP mengemukakan nama Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
sahaja sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
“Keputusan DAP itu telah dicapai selepas rundingan dengan Ketua Umum
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia mengikut konvensyen yang
dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan Tan Sri Khalid Ibrahim
sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013,” katanya dalam satu kenyataan
medianya, hari ini.
Semalam, Sultan Selangor melalui
Setiausaha Sulitnya menzahirkan rasa dukacita dengan tindakan PKR dan
DAP yang ingkar dengan titah baginda supaya parti-parti dalam PR
mengemukakan lebih dua nama bagi calon jawatan menteri besar.
Datuk Mohamad Munir Bani
berkata, tindakan PKR dan DAP itu menggambarkan kebiadaban kepada
institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah
baginda.
Menurutnya, Sultan Sharafuddin telah
menerima senarai calon menteri besar daripada ketiga-tiga parti dalam PR
namun hanya Pas yang akur titah baginda dengan menyenaraikan tiga nama.
Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ahli
Parlimen Bagan berkata, DAP akan berunding dengan Ketua Pembangkang itu
berkenaan dengan titah Sultan Selangor terbaru itu secepat mungkin.
“DAP mengulangi kesetiaan kepada
institusi Raja Berperlembagaan yang tidak berbelah bagi dan akan
berunding dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang titah Tuanku DYMM
Sultan Selangor yang terkandung dalam kenyataan akhbar oleh Setiausaha
Sulit Tuanku,” katanya lagi.
4 orang berkata:
Aiii nak U turn jugak ke?
Rupa2nya mereka berdua yg bincang dulu nak hantar satu nama. Sbb tu cadangan PAS dtolak oleh mereka. Bijak, bijak.
PAS jugak yang kena maki. Hebat selingkuh PKR DAP ni nak aniaya PAS. Patut ler depa suka ada PASMAtiiii tuu. Entah-entah depa juga yg rancang PASMA tu...
Cerdik DAP ni...las skali org melayu juga yg derhaka dgn sultan sendiri...buka minda agar lebih cerah
Skrg dh nampak,parti mana yg benar,puji tindakan haji hadi
Post a Comment