Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO MACAM TU KHALID IBRAHIM KENALAH JUMPA SULTAN ! HU HU HU


Monday, September 8, 2014

Sultan Selangor Terikat Deklarasi 1992, Perlu Lantik Wan Azizah - Aziz Bari



Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata Deklarasi Prinsip Perlembagaan yang ditandatangani ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri mengatakan baginda perlu mengikut nasihat kerajaan negeri dalam melantik menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 September, 2014.

[The Malaysian Insider] Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata Sultan Selangor perlu melantik calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar (MB) kerana terikat dengan deklarasi pada 1992.

Kata Aziz, menurut Deklarasi Prinsip Perlembagaan yang ditandatangani ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri, baginda perlu mengikut nasihat kerajaan negeri dalam melantik MB.

"Kandungan tersebut mengikat baginda hingga hari ini. Tiada kesan undang-undang dalam dokumen tersebut, tetapi secara moralnya akan memalukan baginda jika mengabaikannya.

"Jadi di Selangor, Sultan perlu melantik (Dr Wan Azizah). Meminta lebih nama serta enggan melantik beliau adalah membelakangi deklarasi 1992 dan lebih penting lagi, (membelakangi) perlembagaan itu sendiri," katanya.

Deklarasi tersebut ditandatangani sebelum ini bersama enam Sultan lain.

Minggu lepas, Sultan Selangor menangguhkan penerimaan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan meminta lebih daripada dua nama sebagai calon MB baru.

Menurut setiausaha sulit Sultan Selangor, peruntukan mengikut Perkara LI (1), Perkara LIII (2) (a), (4) dan LV (2) (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Sultan Selangor diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan MB bagi kerajaan negeri Selangor yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Sultan Selangor menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, PKR, dan DAP mencadangkan lebih dua nama daripada parti-parti PR sebagai calon MB bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan melantik mana-mana calon yang difikirkan layak."

Pakatan mengemukakan nama Dr Wan Azizah ke istana walaupun PAS, salah satu parti komponen, memilih menghantar lebih dari satu nama calon MB.

Sehingga kini Dr Wan Azizah masih menunggu untuk diperkenan menghadap Sultan.

Adun Kajang itu mendapat sokongan 29 daripada 56 wakil rakyat dalam DUN untuk memegang jawatan tertinggi di negeri terkaya di negara ini. – JENNIFER GOMEZ/1 September, 2014.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Nasihat kerajaan negeri? Siapa kerajaan negeri sekarang? Bukankah khalid menteri besar?

Anonymous said...

Aku tenguk kau orang politik kat selangor semakin berdengung.mabuk kuasa.

Anonymous said...

Profesor bari- bari @ pari- pari dlm cerita khayalan indonesia...ha..ha pakar konon..pelingkup boleh. X tau nak kata pa la pkr bengong habis sampai profesor dia lg bengong.

Anonymous said...

Prof cukup-cukuplah tu jangan nak mengikis kuasa Sultan

Anonymous said...

Lebih baik x ckp,bila ckp nampak kebodohan tu.. Tengok balik,sapa kerajaan negeri ? Kerajaan negeri parti bebas dan disokong exco pas 4 orang. Dimana kata kerajaan negeri tadi ? Prof prlembagaan pn pening,betul kata tuan guru presiden di selangor ada dh jdi mabuk laut..

Anonymous said...

Prof x ckp pun xpa,betul la tu deklarasi 1992, tapi sapa ketua kerajaan negeri.. Bukan kah khalid ibrahim yg boleh menasihati sultan selangor.. Apa daa..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.