Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AKHIRNYA KELANTAN KERING KONTANG ?

DALAM KEADAAN AGAK SEMAKIN TERTEKAN MAKA TIADA TANGAN YANG DATANG MEMBANTU, HAL INI SUDAH DI JANGKA DARIPADA AWAL, KEKAWAN YANG AGAK BERADA MEMALINGKAN MUKA TAKUT KELANTAN MENGEMIS MEREKA, DENDAM PULA MASIH MEMBARA, OK, ITU SEMUA TAK KESAH SANGAT, ADA UBI ADALAH BATASNYA.

ADA PANDANGAN KERAJAAN KELANTAN TIDAK CEKAP MENGURUS OLEH MUSTAFFA MUHAMMAD DARI UMNO, BETULKAH BEGITU ? JIKA BETUL APA FAKTANYA ? JANGAN-JANGAN ITU HANYA CAKAP POLITIK SAHAJA, SEDANGKAN KERAJAAN PUSAT TEMPAT MUSTAFFA MUHAMMADPUN MACAM ITU JUGA, MALAH KERUNTUHAN NILAI RM TERUS MERUDUM

KERJASAMA DENGAN UMNO MUNGKIN AKAN MENDARAHKAN LAGI PARUT YANG ADA, MAKLUM SAJALAH ORANG POLITIK KALO TIDAK BERMAIN POLITIKING MAKA ITU BUKAN BERPOLITIK NAMANYA, KERANA DI DALAM POLITIK MEMANG ADA BANYAK MUSLIHAT, SILAP BERMUSLIHAT AKAN LEMAS DAN TENGGELAM, KERANA ITU PAS KELANTAN PERLU BIJAK UNTUK MELANGKAH KEHADAPAN - Pak Karamu

 

 

Wednesday, December 3, 2014


Kerjasama Pas - Umno sedang dirintis di Kelantan?

IKTISAR                                                                                                            

Semalam dilaporkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Annuar Musa telah mengadakan kunjungan hormat ke atas MB Kelantan Ahmad Yaakob yang juga Pengerusi Perbadanan Stadium Kelantan. Kunjungan itu dalam rangka mencari jalan untuk memantapkan bola sepak Kelantan.

Ahmad ada kuasa melakukan sesuatu.
Kunjungan tersebut disertai pemimpin tertinggi Kafa. Turut sama ialah Exco Belia dan Sukan Kelantan Ramli Mohamad dan juga ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan yang juga sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia.

Tampaknya Ahmad Yaakob menerima baik kunjungan itu dan memberi jaminan kerajaan negeri akan berkerjasama dengan Kafa untuk mempertingkatkan kemajuan bola sepak Kelantan. Sebelum ini pun katanya kerajaan senantiasa membantu Kafa. Mengapa tidak, kecemerlangan Annuar Musa memimpin bola sepak Kelantan sedikit sebanyak boleh ditumpang "tui" oleh Ahmad Yaakob.



Signifiken kepada kunjungan itu, sebuah jawatan kuasa penyelaras di antara Kafa dengan Perbadanan Stadium Kelantan akan dibentuk dengan dipengerusikan oleh Exco Ramli Mohamad. Sudah pasti pembentukan jawatankuasa penyelaras itu akan dapat memajukan lagi pembangunan sukan di Kelantan khasnya bola sepak.

Idea penubuhan jawatankuas ini bagus dan ia dilihat satu usaha ke arah menjalin kerjasama untuk kepentingan bersama secara lebih bermakna lagi. Pembentukan jawatankuasa sukan itu dilihat sebagai kesenimbungan kepada pembentukan beberapa jawatankuasa bersama sebelum ini. Ini mencerminkan bahawa kerajaan pimpinan Ahmad Yaakob mesra Umno dan berbaik-baik sesama Melayu dan Islam.

Seperti sedia maklum sebelum ini telah dibentuk jawatankuasa khas berhubung pengagihan royalti Petroleum di Kelantan. Kemudian diikuti dengan pembentukan jawatan kuasa teknikal mengenai perlaksanaan Hukum Hudud. Yang menjadi persoalannya, apakah kerajaan negeri memperolehi manfaat besar daripada penubuhan dua jawatankuasa berkenaan? Atau pun kerajaan negeri terayun-ayunan dengan angan-angan sahaja dengan penubuhan komiti tersebut.

Misalnya apakah kerajaan negeri sudah menerima wang royalti Petroleum yang sepatutnya diterima. Khabarnya pemberian wang royalti itu pun diberi menerusi badan tertentu. Apakah wang itu telah digunakan untuk tujuan pembangunan termasuk menampung tabung pendidikan, kegiatan agama dan sosial di Kelantan, atau ia dimanfaatkan oleh institusi tertentu sahaja yang bersifat peribadi?

Kerajaan Kelantan perlu mengumumkan perkara ini kerana rakyat ingin mengetahui kalau tidak secara mendalam tetapi secara "gabah" pun tidak mengapa. Adalah menjadi hak rakyat untuk mengetahuinya. Saya yakin hari ini rakyat Kelantan masih belum mengetahui secara sahih mengenai pemberian wang itu dan eceran perbelanjaanya.

Dari sudut lain kerancakan menubuh jawatankuasa bersama antara kerajaan Pas Kelantan dengan Umno itu sesuatu yang menarik dan menimbulkan persoalan. Apakah selepas ini banyak lagi jawatankuasa bersama meliputi semua aspek akan bentuk dan akhirnya wujud kerajaan campuran yang dimbangi sesetengah pihak dalam Pas di Kelantan.

Ada kemungkinan telahan ini menjadi kenyataan. Keadaan kewangan Kelantan yang tidak begitu kondusif kini ia membuka ruang baru kepada Umno untuk membantu kerajaan Kelantan. Tidak jadi masalah, asalkan Umno ikhlas dan tidak bermain politik. Dan kerajaan negeri seperti orang miskin yang mudah hormat dan terpesona dengan orang kaya lebih bersifat menadah tangan sahaja.

Secara peribadi molek juga kalau Pas mengadakan kerjasama politik dengan Umno untuk kebaikan umum. Cuma apa yang perlu diingatkan janganlah Pas terperangkap dan terpesona dalam janji-janji muluk Umno. Misalnya dengan adanya jawatankuasa penyelaras antara Kafa dengan Perbadanan Stadium Kelantan itu jangan pula sampai Kafa lebih bersar daripada Perbadanan Stadium dan Annuar Musa lebih berkuasa dna terkedepan daripada Exco Sukan Kelantan.

Satu langkah bijak bagi Ahmad Yaakob dan Exconya kalau diwujudkan kerjasama peringkat jawatankuasa dengan Umno dari semua aspek kerana ia boleh membantu kerajaan negeri yang kini kekurangan kewangan. Sumber kewangan waktu ini sangat terhadap dan kerajaan negeri sudah sampai ke peringkat kritikal. Dengan adanya kerjasama kemajuan bersama, ia merengankan beban kerajaan negeri.

Sebuah lagi jawatankuasa bersama yang sangat diperlukan ialah jawatankuasa pembangunan pendidikan di Kelantan. Sudah sampai masanya kalau kerajaan negeri menerusi Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang bertanggungjawab membangunkan pendidikan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Kelantan atau pun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Kerjasama itu bukan sahaja menyelaraskan korikulum pendidikan agama dan akademik tetapi juga dari segi ekonomi, prasarana dan bantuan kewangan.

Kajian yang dibuat oleh Jabatan Pendidikan Kota Bharu berhubungan status dan kapasiti sekolah-sekolah YIK sebelum ini boleh diguna pakai. Kajian itu boleh dirujuk untuk menyegerakan penubuhan jawatankuasa pembangunan pendidikan bersama yang dimaksudkan itu.

Kerjasama Pas dengan Umno lebih baik dan perlu bagi mengelakkan kerajaan Kelantan hari ini berada dalam keadaan parah dan kritikal disebabkan masalah kewangan dan beberapa masalah lain yang sukar dilengsaikan. Kekurangan pelabur asing masuk ke Kelantan menjadikan pendapatan negeri berkurangan. Ini pula ditambah dengan kekurangan pengeluaran dalam industetri tanah, balak dan mineral (biji besi, emas dan sebagainya) menjadikan tabung kewangan Kelantan semakin kering.

Adalah langkah bijak kalau kerjasama politik itu dipercepatkan. Perbincangan ke arah itu yang sudah bermula perlu diteruskan tanpa mempedulikan sunggutan dan kebimbangan yang tidak berasas. Ahmad Yaakob sebagai MB berhak dan berkuasa untuk menentukan nasib dan masa depan kerajaan yang dipusakai daripada Nik Aziz. [wm.kl.12:49 pm 03/12/14]

3 orang berkata:

Anonymous said...

Itu bukan kerjasama antara PAS dengan UMNO. Itu kerjasama antara KAFA dan Perbadanan stadium.
Begitu juga dalam soal pwmbanguna.
Kerjasama adalah antara Kerajaan Kelantan dan Pusat. Bukan PAS degan UMNO.
Kena cerdik sikit. Politik ,politik juga. Tapi kena bezakan antara kerajaan dengan parti.
Tok guru nik aziz pernah kata, kelantan adalah anak kepada kerajaan pusat
Jadi anak kena mintak dwngan bapak. Adakah Nik aziz berkerjasama dengan najib?
Adakah selangor hidup bersendirian tanpa kerjasama pusat? Adakah itu bileh dikatakan kerjasama PKR dengan UMNO?

Anonymous said...

Betul3 ....x pyh dok plaga la....untuk hudud aku x kisah...yg penting hukum allah dpt ditegakkan....nak harap dap...sah2 menentang. Nak selamat bumi islam & melayu...laksanakan hudud.

Unknown said...

6,48. Sy sokong kenyataan anda.satu pendapat yg matang..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.