Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BANJIR DI PERAK

61 mangsa di Behrang, Slim River berada di pusat pemindahan


03/12/2014 9:25am

IPOH - Sebanyak 61 mangsa banjir di Perak melibatkan penduduk di kawasan Behrang dan Slim River masih berada di pusat pemindahan banjir, pagi ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim, Zaini Saleh berkata, daripada jumlah itu, 27 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Pauh, Behrang.

Mereka terdiri daripada lima lelaki dewasa, perempuan dewasa (tujuh), lapan kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan (empat) serta seorang warga emas lelaki dan dua wanita warga emas, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

"Air mula surat dan kesemua 27 mangsa ini dijangka pulang ke rumah mereka pada 10 pagi ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zain Mohd Saedin berkata, mangsa yang berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Slim menurun kepada 34 orang berbanding 42 orang, malam tadi.

Katanya, kumpulan itu terdiri daripada 16 mangsa lelaki dan 18 perempuan.

"Banjir kilat ini melibatkan penempatan penduduk di Kampung Kuala Slim. Air banjir dilihat mula surut pagi ini dan mereka akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini," katanya.

Operasi menyelamat melibatkan anggota bomba, Jabatan Pertahanan Awam, polis serta Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.