Dadah: Dua sahabat terlepas tali gantung
-
Zulkifli (dua, kiri) dan Mr Mamaruslan dibawa keluar dari mahkamah selepas hukuman diputuskan, semalam.
KOTA BHARU - Dua sahabat yang didakwa mengedar dadah umpama mati hidup
semula selepas dilepaskan dari hukuman gantung oleh mahkamah tinggi, di
sini, hari ini.
Zulkifli Ibrahim, 38, dan rakannya, Mr Mamaruslan Dromae, 44, seorang warganegara Thailand, bagaimanapun dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh mahkamah sama.
Keputusan dibuat Hakim, Datuk Azman Abdullah selepas mereka mengaku salah pada tuduhan pilihan memiliki dadah jenis metamphetamine atau pil kuda berjumlah 14,800 dengan berat 220.32 gram di alamat Taman Sri Rantau, Rantau Panjang, Pasir Mas, pada jam 4 petang, 19 Mac lalu.
Mereka ditahan dalam serbuan pegawai dan 14 anggota risikan PGA BN 7, Briged Tenggara yang kemudian menemui bungkusan berisi dadah di dalam sebuah bilik.
Pada prosiding hari ini, Azman dalam keputusannya memberi nasihat panjang lebar kepada kedua tertuduh supaya tidak mengulangi jenayah sama selepas dibebaskan kelak.
“Kalau curi mokte (rambutan), itu antara kamu dengan Tuhan. Tetapi jika melibatkan orang lain seperti perniagaan dadah, sepandai manapun, kamu akan terperangkap juga," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment