Hudud: Pas Pusat akui tiada maklumat pindaan
KUALA LUMPUR - Pas Pusat mengakui pihaknya tidak menerima sebarang
maklumat berkenaan pindaan Kanun Jenayah Syariah II yang bakal
dibentangkan kerajaan Kelantan pimpinan Pas dalam sidang Dun Kelantan
pada 29 Disember ini.
Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan draf tersebut sebagaimana yang diminta rakan pimpinan PR sebelum dibentangkan pada sidang tergempar itu sedangkan mereka sendiri tidak memperolehinya.
"Kami pun tiada butiran pindaan itu, namun permintaan terpulang kepada Kelantan untuk memberikannya.
"Biasanya draf itu embargo namun kerajaan negeri boleh memberi taklimat dan penjelasan kepada sesiapa yang berminat," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini hari ini.
Mahfuz berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pada minggu lalu yang memohon untuk mendapatkan draf enakmen yang bakal dibentangkan oleh Kelantan dengan segera bagi membuat penilaian.
Katanya lagi, sebarang keputusan dan pendapat mengenai perkara ini perlu merujuk kepada keputusan Majlis Presiden PR.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata lagi, kerajaan Kelantan sewajarnya memberi maklum balas segera termasuk mengaturkan pertemuan semua pemimpin PR berkenaan pindaan tersebut.
"Saya harap Kerajaan Negeri Kelantan boleh aturkan takilmat itu sebelum sidang Dun Kelantan dijalankan nanti.
"Saya juga menawarkan kepada semua pihak supaya hadir pada sidang itu untuk mendengar sendiri pembentangan pindaan itu," ujarnya.
Ketika ditanya isu hudud bakal memecahbelahkan PR, Mahfuz menafikan perkara tersebut sebaliknya mengatakan perbezaan pendapat itu telah pun diperakui dalam mesyuarat Majlis Presiden PR dalam konsep 'bersetuju untuk tidak bersetuju' antara hasrat Pas dan bantahan DAP.
"Saya tidak anggap isu hudud boleh memecahkan PR kerana kita capai persetujuan sebelum ini, ketika itu Karpal Singh masih ada," katanya lagi.

3 orang berkata:
Apa gunanya PAS memberi taklimat kepada PKr? Pemimpin PKR terutama Azmin dah nyatakan bahawa hudud tiada dalam agenda PR. Kalau beri taklimat pun,buat habis ko bores ja. PKR tidak akan sokongnya.
Lebih baik beri taklimat kepada berok.
Tiada guna taklimat tapi mereka sendiri tidak faham agama islam yg terkandung dalam kitab al-quran dari ayat2 allah yg diturunkan pada nabi muhammad saw melalui jibril a.s, dan mereka sendiri tidak beriman pada al-quran serta mengiktiraf hukum allah yg maha besar.mereka akan dilaknat dihari pembalasan nanti.. Hari penentuan segala saksi..
Kebanyakan yg komen menyindir hudud tu Islam baka. Lahir dlm keluarga Islam. Kurang pengetahuan agama, berfikir ikut lojik akal dan mudah termakan dgn hujjah mereka yg sealiran dan sewaktu dgnnya.
Kita doakan sajalah supaya mereka digerakkan hati utk mendalami Islam.
Post a Comment