Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHADHIR DAH NAMPAK BN TAK BOLEH MENANG !

Thursday, December 11, 2014

Mahathir melihat Azmin Ali berpotensi sebagai calon Perdana Menteri??


Rundingan damai sedang berlaku antara PKR dengan UMNO? Zainuddin: Adakah Mahfuz sedar nasib PAS kelak? 

Adam Abu Bakar, Pengisytiharan penarikan sokongan Dr M terhadap Najib menyebabkan setiap katanya sekarang dibaca gerakannya,diperhatikan dan senyum tawanya yang sinis menjadi tekaan Zainuddin Maidin

PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan Ketua Penerangan PAS Malaysia, Datuk Mahfuz Omar sama ada beliau menghitung kedudukan PAS pada masa depan kelak. 

Menurut Zainuddin, Mahfuz sebelum ini diketahui sebagai ahli PAS yang paling keras dan lantang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad dalam banyak hal. 

Namun, pada kali ini, Mahfuz bersetuju dengan kenyataan bekas Perdana Menteri itu bahawa ramai yang layak untuk menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

“Adakah kenyataan Mahfuz dilakukan setelah mendengar desas-desus ada rundingan damai yang sedang berlaku antara PKR dengan UMNO atau adakah kerana Mahathir melihat Azmin Ali berpotensi sebagai calon Perdana Menteri yang suatu hari nanti akan kembali kepada UMNO?” tulisnya di dalam blog www.zamkata.blogspot.com.
 
Katanya, jika desas-desus itu benar mungkin Mahfuz sedang memperhitung akan kedudukan PAS kelak. 

Jelas Zainuddin, Mahathir tidak melihat hanya orang dari UMNO sahaja yang boleh menggantikan Najib setelah keengganan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tanggungjawab. 

“Tetapi siapakah Mahathir untuk menentukan Perdana Menteri dan beliau sendiri perlu menerima realiti bahawa UMNO sendiri menjadi penghalang besar untuk menggantikan Najib,”ujarnya. 

Dalam pada itu, tidak ada sesiapa yang menganggap Mahathir tidak relevan dalam usahanya untuk menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri. 

“Pengisytiharan penarikan sokongan kepada Najib menyebabkan setiap katanya sekarang dibaca, gerakannya diperhatikan, senyum tawanya yang sinis menjadi tekaan,” ujarnya. 

Bagaimanapun, Najib tidak mengeluarkan Mahathir daripada senarai musuh politik yang paling berbahaya sekarang dan dia akan melakukan apa sahaja untuk survivalnya. 

“Dalam hal ini, tidak mungkin tunggul di sangka hantu kerana kuasa adalah kuasa, yang menjadi teka-teki adalah siapa calon dari dalam dan siapakah calon dari luar yang Mahfuz mahu tahu dari Mahathir untuk dibincang dan dipertimbangkan,” ujarnya. 


Posted by mountdweller

2 orang berkata:

Anonymous said...

Perjuangan PAS berteraskan syariat...mendaulatkan syariat ALLAH adalah agenda utama...bkn berteraskan kuasa @ gila kuasa. Siapa pun memerintah yg meminggirkan asas syariat islam. Penyokong2 PAS sudah dididik demikian...bukan dididik dgn taburan wang ringgit. Keinginan utk menerajui kepimpinan negara membuatkan UMNO mengemis dgn pkr...itu cara perjuangan abu jahal utk menguasai kota mekah. Takbir 3x

Anonymous said...

Semua itu perancangan Allah kalau apa yg Zainuddin Maiden.kata itu ternyata. PAS tetap PAS pertahankan asas perjuangan iaitu islam al quran dan hadis. jangan sekali berganjak walau apa pun terjadi. PAS sebuah parti bermarwah bukan boleh dibeli dengan wang ringgit seperti ahli parti rakan. Andai nyAllah aturkan bahawa PAS akan bersama PR dan UMNO mentadbir Malaysia maka turuti sehaja lah kerana itu lah perancangan Allah yg sebenar

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.