Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEMANG ORANG MUNAFIK PANDAI BAWA DAN MENGARANG CERITA

PERKARA PERKATAAN JIKA JUGA BOLEH HANCURKAN PAS DARI MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT, PERKATAAN JIKA SEBENARNYA SUATU PROVOKASI SENYAP DARIPADA ORANG YANG DENGKI ATAU  MERANCANG MELAKUKAN KHIANAT. PERKARA YANG BELUM LAGI BERLAKU SUDAH DI WAR-WARKAN DENGAN PANDANGAN YANG BURUK, JIKA DR ASRI ADA AKAL DIA TIDAK AKAN ULAS PERKARA HANYA JIKA ATAU DIA SENGAJA CUBA UNTUK BERNIAT JAHAT DENGAN PIMPINAN PAS - Pak Karamu

 

Jika Ini Impian PAS, Maaf! Saya Tak Mampu Undi Mereka – Dr Maza


Tulisan terkini Dr Asri Zainul Abidin, Dr Maza di akaun facebook beliau berkaitan PAS dan dasar kenegaraan yang diperjuang PAS.

Saya tidak mahu campur urusan PAS. Tapi saya mohon berbeza pendapat dalam hal ini jika PAS memerintah Malaysia. Jika sekiranya kepimpinan itu tidak boleh dipersoalkan tindakan mereka, maka hancurlah demokrasi bagi sesebuah negara.
Hari ini betapa banyak tindakan pimpinan negara ini dipertikai oleh rakyat termasuk PAS sendiri sering membantah dan mempersoalkan tindakan kerajaan. Mengapa dibolehkan pula?!

Andainya atas nama ulama yang memimpin jika PAS memerintah nanti maka tindakan kepimpanan negara masa itu tidak boleh dipertikaikan, maka ia sama dengan konsep ‘Wilayatul Faqih’ yang dipegang oleh Khomeini dan Syiah di Iran. Maka jadilah Malaysia sebuah negara mullah yang hampir sama dengan sejarah kuasa Pope di Vatican dahulu yang telah menyebabkan tercetusnya sengketa dan perang saudara antara Katholik dan Protestan.

Segala impian rakyat untuk melihat negara yang telus, bertanggungjawab dan boleh dipersoalkan atas dasar kemaslahatan politik kenegaraan akan musnah. Rasulullah s.a.w dan Khulafa Rasyidin sendiri sering ditanya dan dipersoalkan oleh rakyat tindakan politik dan strategi mereka, siapalah kita semua?!

Jika ini impian kenegaraan PAS, maaf saya antara yang tidak mampu mengundi mereka.
– Dr Maza

Kritikan yang sepatutnya di’rasai’ PAS dan pemimpinnya. Jangan buta-buta pula Dr Maza yang dikritik!! -ekeleh



6 orang berkata:

Anonymous said...

Puak wahabi ni jgn layan...lebih kpd kepentingan dunia....dia baru brapa hari kenal politik.....

Anonymous said...

Apa nak dirisaukan...slama ni pun dia x sokong pas pun....kalau dia penyokong pas dia faham konsep politik pas

Anonymous said...

Perkataan " jika" sama erti dengan " kalau"
Buah kalau ni gajah pun boleh mati, gunong boleh runtoh dan air laut boleh kering.
Contoh;
Kalau aku ada ilmu gagah ,aku tampar gajah pun boleh mati
Kalau aku jin gunong kinabalu akan ku runtohkan.
Kalau aku ada kuasa, lautan akan kering ku timba
Kenyataan" jika memerintah dan pemimpin tak boleh tegot akan rosak negara"
Itu kata DR asri.
Ini kata dr.irsa.
" jika pas memerintah dan jika pas kekal dengan pimpinan ulamak
Nescaya negara akan makmur"
Salah kah kalau dr.isra kata begitu?
Dan betulkah dr.asri itu.
Kalau dan jika orang dah tak pakai dah.

Anonymous said...

Bagaimana pula dgn 'mungkin' @ 'maybe'? Bolehkah 'mungkin' ini digunakan sebagai hujah d mahkamah? Contohnya ada......

Anonymous said...

May be a little bit differnt in meaning. Mungkin' ? Dalam mahkamah lagi tak boleh pakai.

Anonymous said...

Realitinya ada walau pun x de perkataan jika..sebab sejak akhir2 ini sudah ada kumpulan yang menyokong pemimpin pas membabi buta diperingkat negeri dan kawasan...mereka ini tanpa usul periksa akan menyatakan itu fitnah...ini fitnah padahal ia ada berlaku dan ia memang pun dah berlaku..sya x nak bagi contoh disini sebab kalau saya bagi contoh pun akan dikatakan fitnah...hinggakan kes tghh dgn pil kuda itupun dikatakan fitnah terhadap tghh sedangkan ia memang berlaku..memang benar apa yang dikatakan oleh dr maza bahaw kalau inilah yang berlaku bermakna pas tanpa disedari telah dirasuk fahaman fitnah...sepatutnya penyokong dan ahli diberikan penerangan yang jelas tentang isu ini...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.