Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, January 14, 2015


Saman Balak - Husam Berjaya Selamatkan RM800 Juta Wang Rakyat Kelantan

KUALA LUMPUR: Selaku bekas Pengerusi Jawatankuasa Khas mencari jalan menangani ancaman saman syarikat balak di Kelantan, Datuk Husam Musa akan mengadakan majlis kesyukuran ringkas meraikan mereka yang terlibat.

Husam memaklumkan demikian sebaik sahaja menerima berita gembira daripada Peguam Datuk Sulaiman Abdullah bahawa Mahkamah Persekutuan menolak rayuan 
Timber Mine mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu bahawa Kerajaan Kelantan mesti membayar gantirugi sebanyak RM 800 juta.

"Tidak semena-mena Datuk Sulaiman menelefon saya maklumkan berita gembira ini. Kerajaan Kelantan telah terlepas bahana itu," tulis Husam yang juga Naib Presiden PAS di Facebooknya semalam.

Selepas kes ini kalah di Mahkamah Tinggi pada 2009, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas bagi mencari jalan menangani ancaman ini.
"Berkat doa dan buah fikiran orang itu dan ini, kes yang dulunya agak sukar untuk dimenangi, kini telah sampai ke penghujungnya.

"Saya memberitahu Datuk Sulaiman, selaku bekas pengerusi, saya akan adakan majlis kesyukuran ringkas meraikan anda yang terlibat.

"Datuk Sulaiman waktu itu agak uzur tetapi tetap bersama kita dengan berkata saya akan tolong Kelantan fisabilillah," tambah bekas Exco Kerajaan Kelantan itu.
Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor melahirkan rasa syukur kerana Kelantan terbabas daripada membayar tuntutan Tim
ber Mine yang diwakili oleh Datuk Syafie Abdullah.
"Sumbangan saya pun fisabilillah sama dengan Datuk Sulaiman. Khabarkan berita gembira ini buatmu teman," ujarnya.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini dalam kes tersebut.
Timber Mine sebanyak RM800 juta selepas syarikat pembalakan itu menyaman kerajaan negeri ekoran satu krisis pembalakan di negeri itu.

Mahkamah Tinggi Kota Baru pada Rabu, 30 Disember 2009 mengarahkan kerajaan negeri Kelantan membayar membayar RM800 juta kepada Ti
mber Mine menurut tuntutannya melibatkan ganti rugi RM560 juta bagi 30% pemilikan syarikat, selain itu ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan RM1.74 juta, faedah 8% sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.

Ekoran itu, jawatankuasa yang dipengerusikan Husam menguruskan satu rayuan ke Mahkamah Rayuan dan pada 23 Julai 2012, Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengetepikan saman berjumlah RM800 juta itu.
HarakahDaily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.