Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PINDAH RUMAH

Saturday, January 24, 2015

Sirul Pindah Ke Pusat Tahanan Kawalan Maksimum Di Sydney, Lapor ABC


Bekas anggota komando polis, Sirul Azhar Umar dilaporkan dipindah ke pusat tahanan di Sydney, walaupun sebelum ini ada laporan menyatakan dia akan dibebaskan pihak berkuasa Australia.

Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) melaporkan pada Jumaat malam mengenai Sirul, 43 yang dipindahkan Pusat Penahanan Imigresen Villawood dan ditempatkan di bahagian yang dilengkapkan dengan tahap kawalan maksimum.

Sirul bersama rakannya, Azilah Hadri dihukum gantung minggu lalu kerana membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu ditahan pada Selasa oleh pegawai imigresen Australia selepas pihak Interpol mengeluarkan notis merah.

Menurut ABC, ketika ditahan, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu tinggal bersama ahli keluarganya di timur Brisbane.

Dipercayai Sirul tinggal bersama anaknya yang berusia 19 tahun, yang dikenali sebagai Shuk Sz yang memuat naik menerusi Facebooknya mengenai kehadiran Sirul, serta ahli keluarganya di Ipswich, Queensland sejak beberapa bulan selepas memasuki negara itu menggunakan pasport dan visa sah tahun lalu.

Beberapa media tempatan, memetik sumber Wisma Putra melaporkan pada Jumaat mengatakan Sirul telah dibebaskan.

Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi berhubung perkara itu daripada pihak berkuasa Australia atau polis Malaysia.

Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin menyatakan pihaknya akan mencabar sebarang usaha untuk mengekstradisi anak guamnya dari Australia lapor mStar

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.