• Mohd Saiful Bukhari Azlan mengulangi sumpah laknatnya bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kali ini di hadapan K Mohd Saiful Bukhari Azlan mengulangi sumpah laknatnya bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kali ini di hadapan K
1 / 1
SHAH ALAM - Pengadu kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim reda dengan apa jua keputusan kes itu yang akan diumumkan 10 Februari depan.
 
Bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan menerusi laman mikro Twitternya berkata, beliau yakin dengan sistem perundangan di negara ini dan selebihnya terserah kepada ALLAH S.W.T.
 
"Hampir tujuh tahun kes. Akan terus doa, sabar dan istiqamah," tulisnya. 
 
Badan Kehakiman Malaysia menerusi laman mikro Twitter rasminya memaklumkan perkara tersebut hari ini.
 
Anwar dalam reaksinya berkata, beliau yakin akan dibebaskan berdasarkan penghujahan pasukan guaman, disokong perincian fakta dan undang-undang kukuh yang dibentangkan di hadapan panel Mahkamah Persekutuan.
 
Pada 9 Januari 2012 , Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
 
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Pada 7 Mac tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mendapati Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersalah.