Jurukamera ditahan ingin sertai IS
KUALA LUMPUR - Seorang lagi rakyat Malaysia yang disyaki menuju ke
Syria untuk menyertai kumpulan militan IS telah ditahan, kata polis.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas,
Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata,
lelaki berumur 26 tahun itu ditahan di stesen keretapi Padang Besar,
Perlis, Isnin lepas.
Beliau berkata lelaki itu yang berasal dari Kelantan ditahan semasa
menuju ke Bangkok, Thailand selepas disyaki akan berlepas ke Syria.
Suspek itu telah berkahwin, memiliki sebuah butik dan bekerja sebagai jurukamera, katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Ayob berkata, dengan tangkapan terbaharu itu menjadikan 93 rakyat
Malaysia ditahan sejak Februari 2013 kerana disyaki terlibat dalam
aktiviti militan. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment