• Najib Tun Razak
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Pemuda Umno memuji sikap terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerima kritikan dan bersedia menjelaskan pelbagai isu yang dibangkitkan kepada umum.

Exco Pemudanya, Dazma Shah Daud berkata, ketabahan Najib menyerap tekanan banyak kritikan terutamanya daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak menerajui kerajaan, jelas menunjukkan beliau mempunyai kewibawaan tinggi sebagai pemimpin nombor satu negara.

“Tidak dinafikan kepimpinan PM berhadapan dengan pelbagai tekanan dan kritikan samada daripada pembangkang mahupun rakan dalam BN sendiri (Tun Mahathir), tetapi kita dapat melihat kematangan beliau (Najib) dalam menangani situasi itu serta tidak cepat melatah.

“Saya memuji sifat tenang PM melayan semua kritikan itu dan mengambil masa yang sesuai untuk menjawabnya secara terbuka untuk memenuhi kehendak rakyat,” katanya ketika mengulas mengenai penampilan Najib menjawab kritikan Tun Mahathir dalam sebuah rancangan khas di TV3, kelmarin.