Azmin alu-alukan cadangan Pasma
SHAH ALAM - Timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed
Azmin Ali mengalu-alukan penubuhan parti politik baharu yang dicadangkan
oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) hari ini.
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, mana-mana pihak berhak untuk menubuhkan parti politik masing-masing.
"Kami (Pakatan Rakyat) akan melihat terlebih dahulu apakah idea dan polisi Pasma sebelum membuat apa-apa keputusan," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Semarak Ramadhan peringkat negeri Selangor di sini, semalam.
Katanya lagi, PR akan menerima mana-mana parti politik dan individu yang mempunyai idea perjuangan dan polisi yang sama.

Pasma mencadangkan parti politik baharu itu bagi menggantikan Pas dalam
PR selepas Pas dalam Muktamar Tahunannya ke-61 baru-baru ini, menerima
usul memutuskan hubungan dengan DAP.
Pas dan DAP adalah parti gabungan dalam PR, di samping PKR. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment