Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APABILA TERLEBIH PANDAI BERPOLITIK

'Saya sebagai ahli DAP juga rasa kecewa'

  • Zairil Khir Johari Zairil Khir Johari
1 / 1
KUALA LUMPUR - Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari akui kecewa dengan suasana dalam PR yang hampir-hampir terkubur dek kerana kepimpinannya yang sudah tidak sehaluan lagi.
 
Menurutnya, kekecewaan tersebut sudah tentu turut dikongsi rakyat yang memberikan mandat kepercayaan sebanyak 52 peratus kepada perikatan pembangkang pada pilihan raya lalu.
 
"Saya sebenarnya rasa kecewa bersama dengan... saya rasa rakyat Malaysia juga rasa kecewa selepas diberi mandat 52 peratus kepada PR, sekarang melihat PR mempunyai masalah, bergaduh sesama sendiri, sudah tentu kecewa. 
 
"Saya sebagai ahli PR, DAP, wakil rakyat juga merasa kecewa," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, semalam.
 
Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan parti itu menerima keputusan Pas dalam muktamar lalu yang menerima usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP sekali gus menyatakan bahawa PR sudah tidak wujud lagi.
 
Sehingga kini Majlis Syura Ulama Pas masih belum membuat keputusan berhubung usul muktamar tersebut.
 
Mengulas lanjut, Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, 'perpecahan' itu wujud susulan ada pihak yang mungkir janji dan tiada gabungan politik di dunia mampu bertahan jika ia berlaku.
 
"Namun kita tetap berpegang pada pendirian bahawa...kena faham ya... pertama sekali ada pihak yang tidak menurut janji mereka dan apa yang mereka telah persetujui iaitu dasar bersama. Dan tidak ada gabungan politik mana dalam dunia ini yang boleh bertahan sekiranya ada pihak yang tidak mengikuti perjanjian yang telah ditetapkan.
 
"Jadi, nak buat macam manalah. Saya rasa kita kena melangkah ke depan dan sekarang ini pihak pimpinan sedang melakar strategi untuk melangkah ke depan," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.