• Mahathir Mohamad Tun Mahathir Mohamad
1 / 1
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa sangsinya berhubung penyelesaian badan pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akhir tahun ini.

Katanya ketika ditemui pemberita dalam sebuah program di sini, hari ini, kemelut badan pelaburan tersebut akan berlarutan dan dijangka memakan masa yang lama sebelum menemui titik penyelesaian.

"Saya tak (tidak) yakin ‎isu (1MDB) boleh diselesai tahun ini. Pasal (sebab) benda itu (duit) hilang. Nak (mahu) selesai macam mana? Duit pun tak ada

"Tak apalah kalau dia nak selesaikan tahun ini.. Perkara yang tidak baik, kita ceritakanlah," bidasnya sinis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa isu 1MDB akan dapat diselesaikan sebelum akhir tahun ini.

Najib dikatakan berkata demikian ketika memberi penerangan kepada hampir 1,500 ketua Umno bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang semalam.

Kenyataannya itu diberitahu bekas Naib Ketua Umno Bahagian Bagan Datoh, Hasan Hamzah seperti yang dipetik sebagai berkata, 1MDB adalah entiti perniagaan dan semua transaksi perniagaan yang diterangkan oleh perdana menteri di majlis itu berbeza dengan apa yang dikatakan di media sosial atau pembangkang.