Kita tidak mahu Raja Melayu dihentam, kata Nazri
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kenyataannya
terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hanyalah
untuk mempertahankan institusi raja berperlembagaan supaya terus
dipandang mulia.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, kenyataannya bermaksud jika institusi raja mencampuri urusan politik negara, institusi yang mulia itu akan dihentam oleh masyarakat selain boleh menimbulkan salah faham.
"Kita tidak mahu Raja-Raja Melayu dihentam oleh mana-mana pihak, sebab itu saya kata Raja jangan campur dalam urusan politik sebab nanti orang akan 'whack'
(hentam), itu maksud saya," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Sebelum ini, Tunku Ismail telah memuat naik komen pada status di laman Facebook Johor Southern Tigers berhubung dialog 'Nothing2Hide' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), yang tidak dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas faktor keselamatan.
Mohamed Nazri yang juga ahli Parlimen Padang Rengas berkata, beliau masih menghormati sistem raja berperlembagaan yang telah sebati di dalam hatinya sejak sekian lama dan masih mempunyai pegangan agama yang kuat. - Bernama

1 orang berkata:
Ko la kena hentam nazri wei apa sebut raja-raja melayu.biar depa la bkn depa nak kena undang-undang.hang tu melayu ckp biar beradap.eh aku pun melayu jugak tp tak kisah la sbb hang ni mcm hassan malek jugak menteri ada cap.cap samseng huha huha.
Post a Comment