Adik Najib dilaporkan mahu tubuh parti baharu
SHAH ALAM - Ahli perbankan, Datuk Seri Nazir Tun Razak yang juga adik
kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dilaporkan telah memulakan
usaha untuk membentuk parti politik baharu yang tidak partisan bagi
mendekati semua kaum.
Memetik laporan sebuah portal, Asia Sentinel, Nazir dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin termasuk pemimpin Cina dalam usaha untuk berkempen pembentukan parti politik baharu yang dijangka bakal merubah landskap politik negara jika berjaya.
Rancangan ini bukan sahaja membuatkan Nazir menentang abangnya tetapi juga menentang legasi bapanya sebagai salah seorang pengasas Umno.
Menurut laporan sama, Nazir dijangka akan kekal di belakang tabir sebaliknya bekas pemimpin Umno, Datuk Saifuddin Abdullah bakal diketengahkan sebagai pemimpin parti.
Mutakhir ini, suasana politik negara bergolak tanpa dapat dijangka apabila Umno terus dihambat dengan isu peperangan antara Najib dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad begitu juga suasana dalaman BN yang menunjukkan keretakan parti komponen, MIC.
Malah parti pembangkang juga dalam keadaan retak menanti belah dengan berbalas kenyataan demi kenyataan di media massa sekali gus meranapkan harapan rakyat yang memberi kepercayaan kepada perikatan itu dalam pilihan raya lalu.

0 orang berkata:
Post a Comment