Jika nak bandingkan PR dengan BN maka teruk lagi BN tapi BN pandai sorok. Apapun yang berlaku pada PR rasanya PR belum lagi kasi susah rakyat, tapi BN sekarang sudah bagi rakyat tercekik makan dan kemudahan asas. Rakyat sekarang sudah bosan dengan hidup terbeban. sementara itu UMNO dengan UMNO dah bergocoh pulak, ni menyebabkan rakyat bertambah bosan, bila bosan tahu lah apa akan jadi !
Sekarang rakyat dah meluat dengan BN, bekas PM mahadhir dah bagi mula kenyataan bahawa pimpinan BN (UMNO) telah buat ekonomi porank peranda, cukai pada rakyat berganda-ganda, menteri BN dah mula gaduh dengan TMJ, sementara itu rakyat Johorpun dah mula keluar buat tunjuk perasaan tuntut menteri BN letak jawatan, sekarang rakyat dah nampak kebenaran, Hisham orang johor tak nak komen ke ? Pak Karamu
PR terkubur, landskap politik negara bakal berubah
KUALA LUMPUR - Krisis dalaman yang melanda Pakatan Rakyat telah sampai
ke kemuncak hari ini apabila DAP mengisytiharkan gabungan pembangkang
yang dibentuk pada 1 April 2008 tidak lagi wujud.
DAP mengumumkan menerima keputusan Muktamar Pas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan sekutunya itu telah menamatkan riwayat Pakatan Rakyat.
Perubahan terbaru dalam senario politik gabungan pembangkang yang disertai oleh PKR, DAP dan Pas bakal mengubah landskap politik negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau sering kali berkata pakatan mereka terlalu rapuh.
"Ini bukan perkara baharu. Saya telah nyatakan berkali-kali sebelum ini bahawa pakatan mereka terlalu rapuh. Tidur sebantal, mimpi lain-lain," katanya dalam catatan tweet hari ini.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula berpendapat kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh PKR juga patut dibubarkan.
"Kalau begitu kerajaan negeri Selangor juga patut dibubarkan. It is politically no longer tenable. (Ia adalah dari segi politik tidak lagi dipertahankan)," kata Khairy dalam tweetnya.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah menjangkakan Pakatan Rakyat akan bermasalah dan bergaduh kerana tidak mempunyai kesepakatan dalam pelbagai isu berbangkit.
"Pakatan Rakyat tidak relevan kami sudah menjangkakannya...mereka digabungkan menjadi satu sekutu semata-mata untuk PRU13 dan memperjuangkan prinsip (Datuk Seri) Anwar Ibrahim untuk menawan Putrajaya.
"Tapi nampaknya mereka bukan sahaja tidak berjaya sampai ke Putrajaya malah sudah bergaduh sesama sendiri," kata Ahli Parlimen Johor Bahru itu ketika diminta mengulas mengenai pengumuman tersebut. - Bernama

Hishammuddin Tun Hussein. - Foto Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment