• Hanipa Maidin Hanipa tidak dapat menahan kesedihan semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas ke 61. - Foto ROSLI TALIB
 1 / 1 
KUALA SELANGOR - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Hanipa Maidin menjadi secara tiba-tiba apabila beliau menyentuh penglibatannya sebagai peguam Pas sejak 2004 dalam ucapan penggulungan pada Muktamar Pas Pusat.

Beliau selaku Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman Pas Pusat berkata bukan mudah untuk memujuk dan membawa pengalaman undang-undang menyertai Pas.

"Setiap kali selepas selesai pilihan raya,  kami terus bertugas dengan mengumpul bahan bukti untuk membuat petisyen bantahan keputusan pilihan raya.

"Petisyen paling banyak pada 2004 di mana saya dan rakan-rakan berkubu di Taman Melewar (markas Pas) yang dibantu Allahyarham Syed Mohamad," katanya dengan sebak.

Hanipa bagaimanapun kelihatan mengalirkan air mata di hadapan lebih 1800 perwakilan sambil menjelaskan beliau tersentuh cabaran membela parti bersama rakan-rakan peguam lain.

"Kami tidur di situ, kami mandi di Taman Melewar, saya harap rakan dapat bantu kami," katanya.

Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang bagaimanapun terpaksa memendekkan ucapannya apabila kesedihannya tidak terbendung.