Nik Aziz beri petua anggap macam tunggul kayu
KUALA SELANGOR - "Saya pernah tanya ayah saya (Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat), macam mana nak bercakap di hadapan orang ramai. Mudah sahaja pesanannya, dia (Nik Aziz) cakap anggap sahaja orang yang di hadapan kita macam tunggul kayu," kata Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Ucapannya pada Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor mengundang ketawa seluruh perwakilan di sini, hari ini.
Mengakui sedikit 'malu' untuk bersuara dihadapan orang ramai, beliau melahirkan rasa hairannya berhubung pelantikan yang diamanahkan kepadanya.
"Saya tidak tahu kenapa saya dilantik sebagai Ketua Pemuda. Pemimpin Ketua Pemuda ini biasanya dipilih oleh mereka yang 'lantang' bersuara.
"... Nasihat ayah saya adalah nasihat yang ringkas, tetapi amat berguna," katanya.
Beliau bagaimanapun yakin dapat membimbing Pemuda Pas dengan menggunakan akal fikiran seperti bapanya.
"Saya bukan 'shy-shy cat' (malu-malu kucing) tetapi 'shy-shy tiger' (malu-malu harimau).
"Saya yakin boleh gerakkan Pemuda untuk membantu Pas mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Sarawak tahun depan," katanya lagi. -Bernama

Nik Abduh. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

2 orang berkata:
Membongak admin.
Anggap jer mrk mcm tunggul kayu atau hamba abdi sesuai utk admin. Amacam?? kah kah kah
Post a Comment