Ahli Pas masih tak pandai tulis usul
KUALA SELANGOR - Barisan pimpinan baharu Pas diminta menyediakan kelas penulisan usul kerana kebanyakan ahli Pas ini nampaknya tidak pandai tulis usul, kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, pihaknya terpaksa menulis semula kebanyakan usul yang diterima kerana ia tidak menepati format yang ditetapkan.
"Penulisan usul tidak mencapai standard penulisan yang ditetapkan. Kami terima 30 usul dan kebanyakannya terpaksa ditulis semula (usul tersebut).
"Saya harap pentadbiran baharu Pas selepas ini akan buat satu slot untuk memberi mereka ruang belajar cara penulisan usul," katanya dalam ucapan pembentangan usul-usul muktamar.
Dalam perkembangan lanjut, medan Muktamar Tahunan Pas ke 61 yang memasuki hari terakhir hari ini bertukar 'warna' sebaik dewan memutuskan untuk tidak membahaskan usul putuskan hubungan DAP-Pas.
Suasana yang pada mulanya tenang sedikit kecoh apabila Mahfuz mengumumkan Pas akan mengekalkan hubungan bersama DAP dalam PR, sekaligus menolak perbahasan usul tersebut.
Perwakilan Rembau dari Negeri Sembilan, Faiz Fadzil bangun mempertikai tindakan para pimpinan Pas yang tidak membahaskan usul yang dicadangkan oleh Muktamar Dewan Ulama 3 Jun lalu.
"Kenapa tak (tidak) perlu bahas usul yang sensitif? Ini melibatkan hala tuju dasar Pas. Macam mana kami nak jawab dengan ahli (sekiranya usul tidak dibahas)?
"Apa pun keputusan muktamar, perlu dibawa ke muktamar, dan kemudian biarlah perwakilan bahas," bidasnya sebaik sahaja Mahfuz selesai berucap.

Mahfuz Omar

0 orang berkata:
Post a Comment