Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALAU BOLEH PAS BERADA DI DALAM POKET MEREKA

Pemuda Pas dakwa DAP semakin angkuh

  • Muhammad Khalil Abdul Hadi Muhammad Khalil Abdul Hadi
1 / 1
SHAH ALAM - DAP semakin angkuh dan hanya mahu melihat Pas menjadi seperti lembu yang dicucuk hidungnya, kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Malah katanya, DAP tidak menyenangi agenda perjuangan Islam yang dibawa Pas dan menyerang pimpinan Pas setiap hari.

“Pada ketika ini yang tidak senang dengan agenda dan perjuangan Islam dibawa Pas adalah DAP. Setiap hari pimpinannya menyerang Pas, termasuk masuk mencampuri hal ehwal pemilihan Pas.

“DAP semakin angkuh dan hanya mahu melihat Pas seperti 'lembu dicucuk hidung'. Insya-ALLAH kepimpinan baru Pas akan terus melangsungkan amanah perjuangan Islam,” katanya melalui satu kenyataan.

Sejak muktamar Pas yang lalu, hubungan Pas-DAP dilihat semakin meruncing apabila persidangan tersebut menerima usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP tanpa dibahaskan.

Dalam pada itu, Muhammad Khalil berkata, kemenangan barisan pimpinan yang dipilih pada muktamar kali ini memikul tanggungjawab untuk memenangkan Islam.

“Mereka yang telah terpilih itu mendapat kepercayaan para perwakilan mewakili ahli Pas dari seluruh negara bagi memikul amanah untuk memenangkan Islam. Manakala mereka yang tidak terpilih pula tetap menjadi harapan agar terus istiqamah menggalas amanah membantu parti hingga mencapai kemenangan perjuangan.

“Pas akan kekal beristiqamah menegakkan syariah Islam di bumi Malaysia selaras Perlembagaan Persekutuan hingga mencapai kemenangan menumbangkan kezaliman Umno-BN.

Pas juga komited berpegang kepada janji diikat dalam tahaluf siyasi bersama PR dan menghormati perbezaan yang wujud serta mengakui realiti kemajmukan rakyat negara ini,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

punca dpd pas...budak muda ni tak merasa hidup majmuk...start dr sklh rendah...mendengah...brgaul dgn geng2 melayu aje...lpas masuk u...bergaul dgn pak arab plak.blk2 nak jd pemimpin negara majmuk.

Unknown said...

bodo punya komen buta kata Dan buta hati

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.