Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KHALID KEMBLI

Permainan politik PR atasi kebajikan rakyat

  • Abdul Khalid Ibrahim Khalid Ibrahim
1 / 1
SHAH ALAM  - Permainan politik kembali mengatasi tumpuan terhadap memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, kata bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya beliau melepaskan jawatannya dahulu semata-mata demi faedah rakyat, tetapi malangnya pengunduran beliau tidak meredakan sikap tamak dan sombong ahli politik yang mendakwa mereka memperjuangkan pembaharuan, kesaksamaan dan keadilan.

"Kesudahannya, peletakan jawatan saya ternyata sia-sia sahaja apabila kepercayaan rakyat disalah guna dengan sewenang-wenangnya.

"Ketika saya menjadi menteri besar dahulu, saya dan pasukan saya menghabiskan banyak masa untuk cuba menenangkan kumpulan ahli politik ini, hingga mengorbankan hak serta kepentingan rakyat," kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan.

Mengenai perkembangan dalam Pakatan Rakyat, yang diisytiharkan DAP sebagai sudah tidak lagi wujud, beliau berkata ketaksuban para pemimpin negeri itu terhadap politik mengakibatkan berlaku perpecahan dalam pakatan pembangkang serta "membelakangkan semakin banyak isu penting berkaitan rakyat".

Abdul Khalid berkata para pemimpin Pakatan, yang gemar menggelar diri mereka sebagai pejuang rakyat, perlulah mengamalkan kepimpinan melalui teladan serta melayan rakan, sekutu, penyokong dan pihak yang bersimpati dengan mereka dengan penuh rasa hormat dan bermaruah.

"Melakukan campur tangan terhadap isu dalaman sesebuah parti tidak seharusnya dijadikan suatu norma dalam mana-mana gabungan, lebih-lebih lagi Pakatan Rakyat.

"Tamak, tidak peka dan tidak bermaruah kesemuanya merupakan perencah yang melahirkan perasaan curiga secara mendalam, tidak boleh bekerjasama dan akhirnya membawa perpecahan dalam Pakatan Rakyat. Perkara paling menyedihkan ialah akhirnya, rakyatlah yang menanggung kerugian paling besar," katanya.

Abdul Khalid terpaksa meletakkan jawatan sebagai menteri ketika berlaku krisis kepimpinan di Selangor tahun lepas dan digantikan pesaing politik beliau, Mohamed Azmin Ali.

Krisis itu mencetuskan ketegangan antara Pas dan PKR serta DAP, yang menyokong presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, manakala Pas menentang pendirian menamakan beliau sebagai calon tunggal bagi jawatan menteri besar.  - Bernama

4 orang berkata:

Anonymous said...

jangan lupa tentang kemana duit yang dibahagi samarata antara sahabat.

Anonymous said...

jgn lupa hutang Bank Islam puluhan juta boleh lupus sekelip mata.haha

Anonymous said...

Khalid Kidex sudah kembali

FIT said...

Pil kuda

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.