Lantikan kepimpinan baharu Pas Ahad ini
SEREMBAN – Pas negeri akan mengadakan pelantikan barisan ahli
jawatankuasa baharu di Pejabat Perhubungan Pas Negeri, di sini Ahad ini.
Pesuruhjaya Pas negeri, Mustaffa Daharun berkata, sebanyak 13 jawatan akan dilantik sekali gus akan mewujudkan barisan kepimpinan baharu.
“Kita akan melantik tiga jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, tujuh ahli Jawatankuasa dan Jawatankuasa Jabatan Pilihan Raya Negeri.
“Selain pelantikan, kita juga akan membincangkan gerak kerja parti sepanjang tahun ini selepas wujudnya barisan kepimpinan baharu,” katanya di sini, semalam.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mustaffa berkata, dia akan turun Jelebu bagi mengenal pasti permasalahan yang berlaku pada kepimpinan Pas Kawasan Jelebu.
Beliau enggan mengulas lanjut hasil perbincangan dalaman parti yang diadakan pada Ahad lalu, tentang isu 12 pemimpin dan ahli Pas Kawasan Jelebu keluar parti itu.
“Kami hanya melakukan perbincangan umum saja bukan khusus kepada perkara keluar parti itu.
“Bagaimanapun, saya sendiri akan turun padang bertemu dengan kepimpinan Pas Kawasan Jelebu untuk mendapatkan maklumat lebih tepat,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment