Ketiga-tiga parti boleh kekal dalam PR jika...
KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini menyatakan PR
akan terus kekal sekiranya ketiga-tiga parti komponen DAP, Pas dan PKR
boleh kembali bermuafakat seperti dahulu.
Katanya, bukan sekali PR dilanda badai masalah sebelum ini, namun hasil 'boleh duduk semeja', PR kembali utuh namun kini suasana sebaliknya.
"Ketiga-tiga parti ini (PKR, Pas, DAP) boleh kekal duduk dalam PR jika segala masalah itu (hasil usul muktamar Pas, usul putus hubungan dengan DAP dan pendirian DAP berkenaan isu) dibincangkan bersama.
"Sebelum ini pun memang ada banyak masalah tetapi sebelum ini kita tetap duduk bersama dan cari jalan bersama tetapi kebelakangan ini tindakan terutama dua perkara iaitu satu usul Pas.
“...tidak dibincangkan dan dilihat dalam konteks untuk mengekalkan PR, jadi tindak balas DAP pula juga tidak dibincangkan secara bersama, itulah yang terjadi sekarang," katanya kepada media dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Terbaharu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perikatan PR yang dibina berlandaskan perhubungan PKR, Pas dan DAP telah berkubur.
Dalam satu kenyataan semalam, Wan Azizah berkata, gabungan tiga parti itu kini tidak lagi berfungsi secara formal.
[ARTIKEL BERKAITAN: Wan Azizah sahkan PR berkubur]
Sementara itu, menyentuh mengenai kerajaan negeri di Selangor dan Pulau Pinang pula, Rafizi berkata ia kekal utuh dan stabil.
"Ini mengikut peraturan demokrasi untuk menubuhkan kerajaan iaitu perlembagaan negeri-negeri ini memaktubkan bahawa seperti juga di Parlimen sesiapa ahli dewan yang mendapat majoriti daripada ahli dewan yang lain boleh menubuhkan kerajaan,” katanya.
Sehubungan itu katanya, dari segi itu kedua-dua parti iaitu Pas dan DAP telah bersetuju untuk mengekalkan Menteri Besar Selangor diterajui oleh Mohamed Azmin Ali.
"Begitu juga di Pulau Pinang, " katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment