Majlis Syura berhak buat keputusan
KOTA BHARU - Majlis Syura Ulama berhak memutuskan usul yang dicadangkan
oleh Dewan Ulama Pas walaupun ia dibangkitkan pada Muktamar Pas minggu
lalu.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tidak timbul isu Muktamar yang sepatutnya meluluskan usul tersebut memandangkan usul itu dicadangkan dibawa kepada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat (AJK) dan Majlis Syura.
“Jika ia diusulkan kepada Muktamar ia akan diluluskan pada persidangan itu.
“...tetapi tidak, usul ini dicadangkan kepada AJK dan Majlis Syura. Saya rasa agak malang bagi segelintir pemimpin Pas sendiri yang tidak faham perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis sumbangan Ihya Ramadan di Dataran Ilmu di sini, hari ini.
Sebelum ini, beberapa pimpinan Pas mempersoalkan kewajaran usul itu dibawa ke Majlis Syura sedangkan ia harus diselesaikan di Muktamar yang berkuasa memutuskan soal hubungan dalam PR.


3 orang berkata:
Kadang2 dalam keadaan gelisah dan keciwa kerana tak terpilih, mata jadi kelabu dan fikiran pula berserabut. Maka apa yang dikeluarkan oleh mulut lebih merupakan luahan emosi jahat yang diapi2kan oleh syaitan. Segala rasional diketepikan, dan fakta2 diputarbelitkan. Inilah nampaknya yang terjadi kepada beberapa bekas pemimpin pas yang tidak terpilih dalam muktamar. Tidakkan kita terfikir bahawa parti cuma ada beberapa bilangan jawatan, sudah tentulah ada yang terpilih dan ada yang tidak. Jika kita ikhlas dalam perjuangan (sebagaimana yang dilaung2kan selama ini), kita sepatutnya ridha dengan keputusan mukhtamar dan teruskan memperjuangkan dasar2 parti walaupun tidak lagi memegang jawatan2 penting dalam parti. Jika diizinkan Allah dan kita ikhlas, mungkin kita akan terpilih pada mukhtamar akan datang. Sebaliknya jika kita terus-terusan menyalahkan perwakilan tanpa bermuhasabah diri, ternyata perjuangan kita selama ini hanyalah retorik kosong semata2.
MAJLIS SYORU ULAMAK
Apa sudah jadi dengan muktamar? Adakah dah mula gila talak? Nampak macam semakin celaru dan risau. Masa buat keputusan mesti wala' tapi bila dah kena padahnya baru nak tepis sana sini. Mana perginya Tuan Presiden sibuk kat Jepun ke?
Post a Comment