Takiyuddin Setiausaha Pas baharu
KOTA BHARU - Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dilantik
sebagai Setiausaha Agung Pas yang baharu menggantikan Datuk Mustafa
Ali.
Takiyuddin ketika ditemui di Majlis Pelancaran Tabung Ihya Ramadan di Kota Bharu hari ini mengesahkan pelantikan itu dibuat pada mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa Pas Pusat (AJK) dua hari lalu.
“Saya mengesahkan pelantikan sebagai setiausaha Pas pada mesyuarat AJK Pas Pusat, selain itu, AJK Pas Pusat, Nasrudin Hassan dilantik sebagai ketua penerangan, lain-lain jawatan akan diputuskan kemudian,” katanya.


0 orang berkata:
Post a Comment