Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS MUNGKIN SUDAH SELESAI MENGKAJI AHLI PARTINYA

TEMPUH PAS MENAPIS AHLINYA MUNGKIN SUDAH SELESAI, PAS MUNGKIN NAMPAK HATI BUDI AHLINYA YANG TELAH KALAH PADA MUKTAMAR YANG LEPAS, SO MAJLIS SYURA ULAMA BOLEHLAH BERMESYUARAT DAN MEMBUAT KEPUTUSAN - Pak Karamu
 
Buat parti baharu, jika ahli baru gagal berfungsi

  • Khalid Abdul Samad Khalid Abdul Samad
1 / 1
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata pembentukan parti baharu hanya akan diwujudkan sekiranya kepimpinan Pas yang dipilih pada Muktamar Pas kali-61 lalu tidak dapat berfungsi dengan baik.

Ujarnya lagi, buat masa ini, ‎ pemimpin yang kalah pada Muktamar lalu hanya akan memberikan nasihat dan teguran kepada pemimpin baharu dan jika dirasakan gagal juga barulah mereka bertindak menubuhkan parti baharu.

"Kami masih mempunyai peranan untuk menentukan bahawa Pas akan terus memainkan peranan yang seperti mana sepatutnya.

"Jika tidak, kami akan ke hadapan. Penubuhan parti baharu ini hanya akan terlaksana bergantung kepada keupayaan pemimpin baharu," katanya.

Beliau yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, Pas perlu memainkan peranan antaranya menegakkan Islam,menyatupadukan kaum dan memenuhi keperluan rakyat jika tidak mahu adanya parti baharu ditubuhkan.

"Kami akan memberikan masa kepada mereka melihat sejauh mana peranan yang dimainkan pemimpin baharu.

"Tetapi tiada garis masa tempoh itu. Jika mereka gagal, kami akan terus ke hadapan," katanya.

1 orang berkata:

awekaste said...

Salam pak karamu. Saya sbg penyokong pas dan pengundi pas secara peribadi dah tawar hati dgn pas dan dlm pru nanti undi saya mungkin bukan utk pas lagi jikalah keadaan ini masih berterusan.

wasalam

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.