Pasma tubuh parti baharu selepas Aidilfitri
SHAH ALAM - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) hari ini
mengumumkan bahawa pihaknya akan menggerakkan satu usaha bagi
membolehkan sebuah parti baharu ditubuhkan.
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, pada dasarnya PR sudah terkubur oleh itu satu parti baharu perlu ditubuhkan bagi menghidupkan semula PR.
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, pada dasarnya PR sudah terkubur oleh itu satu parti baharu perlu ditubuhkan bagi menghidupkan semula PR.
"Dengan senario politik yang dibahaskan wakil negeri Pasma tadi, maka Pasma telah mengambil ketetapan bahawa sebuah parti politik baru perlu ditubuhkan.
"...kita mengambil pendirian sebuah pakatan baru perlu ditubuhkan dengan persetujuan lebih mantap membaiki pakatan lepas, kita cadangkan PR baru," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Pahrolrazi berkata parti itu akan diumumkan selepas hari raya Aidilfitri ini selepas satu jawatankuasa peneraju mengadakan pertemuan dan perbincangan sepanjang bulan puasa ini.
"Parti itu akan dianggotai oleh golongan yang proPR, serta NGO-NGO yang proPR," katanya lagi.
Sementara itu dalam sidang media yang sama Pahrolrazi menegaskan, Pasma akan kekal sebagai sebuah NGO dan tugas Pasma hanya menjadi platform ke arah penubuhan parti baharu tersebut.


2 orang berkata:
Parti serpihan biasanya tak tahan lama.
Sejarah telah membuktikannya.
so sape yg lebih islam antara pas dan pasma?sembelihan mana yg x boleh dimakan..?dan adakah oeg pas yg ikut pasma akan dikira sebagau murtad atau dikira sebagai lebih baik islamnya?
hehe
Post a Comment