Penganalisis: Pasma jadi parti orang kecewa
SHAH ALAM - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) akan jadi parti
untuk orang kecewa sahaja jika tidak mempunyai matlamat jelas serta
pemimpin yang disenangi rakyat.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, Pasma tidak mampu menyaingi Pas walaupun ahlinya serpihan Pas.
“Memang nampak Pasma begitu bersemangat wujudkan parti baharu kerana perasaan kecewa dengan kepimpinan parti sedia ada. Mereka rasakan melalui parti baharu itu sahaja hasrat mereka tercapai.
“Mereka berani bertindak demikian kerana beranggapan yang mereka ada sokongan dan pengikut sebab itu sanggup keluar daripada Pas. Jadi mereka yang kecewa dengan Pas bersama Pasma,” katanya.
Menurutnya, jika dilihat dari sudut itu, Pas tidak akan tergugat dengan kewujudan parti baharu itu nanti.
Bagaimanapun, Pasma hanya akan menjadi pilihan pengikut Pas jika ada hala tuju jelas memperjuangkan Islam.

“Mungkin cara mereka lebih liberal atau moden, tetapi pendirian itu perlu jelas. Perlu dilihat siapa prospek Pasma, jika mereka kata mahu bergabung dengan NGO, siapa NGO di belakang mereka, adakah yang berfikiran liberal atau tegar perjuangan Islam?
“Penyokong akan analisis perkara itu melalui matlamat parti atas dasar apa ditubuhkan dan siapa pemimpin parti itu,” katanya.
Mohd Fuad berkata, untuk menubuhkan sesebuah parti mungkin mudah, namun relevan Pasma sukar diramal.
Ditanya adakah Pasma akan menjadi pengganti Pas dalam PR, beliau tidak menafikan perkara itu kerana melihat kecenderungan pemimpin Pasma terhadap DAP.
“Kewujudan Pasma ini dilihat alternatif PR terus hidup s kerana jelas dilihat kepimpinan Pasma ini pro DAP.
“Namun mereka perlu ingat sokongan bukan di kalangan ahli sahaja tetapi rakyat keseluruhannya, jadi bolehkah Pasma gugat populariti Pas atau Pasma hanya jadi parti desperado,” katanya.
Dalam isu kerjasama, katanya DAP mungkin akan berhati-hati dengan siapa untuk bergabung bagi memastikan agenda ke Putrajaya tercapai.
“Mereka akan lihat mampukah Pasma diberi kerusi dan memenangi kerusi itu jika tidak mereka akan sia-siakan peluang untuk melangkah ke Putrajaya,” katanya.
Kelmarin Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, pihaknya merancang menubuhkan satu parti baharu selepas Aidilfitri ini bagi menghidupkan semula PR.
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, dalam tempoh satu atau dua tahun ini, Pasma mungkin bukan cabaran besar pada mana-mana parti termasuk Pas.
“Nak tarik keyakinan rakyat tidak mudah, perlu ada asas kukuh dan identiti kepimpinan yang kuat,” katanya.
Beliau tidak menolak Pasma akan menjadi parti alternatif pengundi atas pagar yang tidak yakin dengan kepimpinan BN dan Pas.

7 orang berkata:
Lagi cepat Pharolrozi tubuhkan parti pasma lagi elok; senang Pas bersihkan kotoran2 yang masih melekat pada batang tubuhnya. Ahli2 mahu lihat berapa ramai wakil rakyat yang menang bawah tiket Pas ada maruah meletakkan jawatan dan bertanding semula bawah jenama parti baru tersebut.
Tak pahang bahse ker? Pasma kekal sbg NGO tapi penggerak utama kpd penubuhan parti Islam yg baru mengikut acuan Islam yg sebenar. Bukan spt Parti Ajaran Sesat pimpinan ayah Hadi Ping. kah kah kah
PasMa NGO mesra Pakatan Rakyat
Parti islam kejadah apanya...lim kit sial hina hudud dkt kota bahru ydp kota bahru yg mesra pasma duduk senyap je..parti islam kepala bapak apa mcm tu
Penyokong ularmak2 Pas ni kalo tak mencarut, mrncaci org lain hidup tu tak sempurna agaknya kannn.. oh lupa..tuang presideng parti islam pun akhlak lebih kurang mcm org kapir
Sidang parlimen hampir selesai bila tuang presideng nak bentang RUU? oh lupa..tuang presideng ponteng parlimen sbb ada kat Jepun skrg kan? kena tipu lg. hahahaa
Yang korang dok hina ulamak tu baik la pulak ye...Tidak timbu lah presiden dkt mana..pas xkena tipu..yg kena tipu hidup2 ialah pkr..hahaha
Post a Comment