Kearah memperbaikki politik tanah air dan pemikiran hala tuju mengikut dasar parti-parti didalam negara mula terserlah realitinya walaupun ia agak kusut untuk difikirkan, PAS dan UMNO tidak akan bersama kerana dasarnya yang berbeza, sebab itu jika kita pernah dengar sedikit masa dahulu UMNO berura-ura mahu memperbaiki dasarnya kearah syari'ah sekalipun sehingga kini ia belum lagi terlaksana, ertinya gabungan atau bersama diantara PAS dan UMNO tidak akan bersatu
Dikalangan parti-parti cina juga tidak mungkin akan bersatu dan mereka hanya kelihatan macam bersatu jika ada faedah kepentingan bersama bagi kaum mereka, akan tetapi mereka tidak akan bersatu didalam menghadapi kerenah dasar politik masing-masing. Kenyataan Soi Lek di bawah ini hampir membongkar rahsia politik cina, melayu dan islam di tanah air kita, PAS tidak rela dasarnya hancur kerana dasar nak cepat ke Putra Jaya sebagaimana yang dicita-citakan oleh kumpulah PR
Soi Lek begitu yakin PAS akan tetap dengan dasarnya, akan tetapi pandangannya supaya PAS dan UMNO bersatu adalah kerana kebanyakan ahli UMNO adalah beragama islam yang selaras dengan dasar perjuangan PAS, sebab itu Soi Lek faham tentang pendirian anggota UMNO yang agak kukuh juga dengan pegangan agama. - Pak Karamu
Tiada masalah jika Pas masuk BN
BUTTERWORTH - Pas patut bergabung atau menyertai Umno untuk memastikan
parti itu terus kuat dan kukuh dalam mengharungi arus politik di negara
ini.
Bekas Presiden MCA, Tan Sri Dr Chua Soi Lek berkata, kedua-dua parti itu boleh bergabung atau bersatu atas dasar agama yang sama iaitu Islam, sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh pihak lain.
Menurutnya, perkara itu sudah dibangkitkannya begitu lama iaitu sebelum PRU13 lagi tetapi tidak pernah mendapat perhatian mana-mana pihak.
“Ada yang gelak kepada saya kerana menimbulkan isu itu. Ada yang memandang remeh cadangan saya dalam soal penyatuan parti untuk orang Melayu.
“Tetapi dengan keadaan politik semasa yang semakin bercelaru, saya rasa inilah masa yang sesuai untuk Pas memikirkan semula cadangan itu demi kebaikan bersama,” katanya kepada media selepas melancarkan kapal mengangkut kontena MTT Pulau Pinang di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini semalam.
Menurutnya, perkara itu tidak mustahil dapat dijayakan kerana tidak banyak parti orang Melayu yang dominan di negara ini kecuali Umno, Pas dan PKR di semenanjung.
Menurutnya, parti kaum Cina agak sukar untuk berbuat demikian kerana begitu banyak dan tidak mempunyai hala tuju atau matlamat yang sama.
“Sana sini boleh jumpa parti berteraskan Cina. Banyak sangat dan sukar untuk bergabung,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) berkata, perkara itu tidak akan menjadi masalah kepada parti komponen BN yang lain atau bukan Islam kerana mempunyai pemimpin yang sama iaitu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga menjadi Pengerusi BN.
“Beliau seorang pemimpin yang baik dan boleh bertoleransi kerana peka dengan masalah dan sensitiviti kaum lain.
“Jadi penggabungan Umno dan Pas tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada rakan komponen BN yang lain atau pengundi bukan Melayu,” katanya.
Soi Lek berkata, BN sudah wujud begitu lama dalam politik tanah air dan mampu menangani apa jua masalah yang timbul melalui permuafakatan yang diamalkan selama ini.
“Banyak juga masalah yang berlaku dalam kalangan komponen BN tetapi akhirnya dapat diselesaikan dengan baik.
“Itulah kelebihan BN berbanding dengan PR yang begitu bercelaru sesama mereka walaupun hanya mempunyai tiga parti dalam gabungan.
“Kita tengok apa yang berlaku sekarang ini antara DAP dan Pas. Makin retak dan serius serta belum ada penyelesaian,” katanya.

1 orang berkata:
dulu umno pas kafirkan..tggu la sikit masa lagi kot2 pkr pulak dikafirkan hehe..
Post a Comment