Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sana orang cakap lain, sinun orang cakap lain, mana yang benar ?



Lulus usul tanpa bahas arahan Hadi

  •  Mahfuz Omar Mahfuz Omar
1 / 1
KUALA LUMPUR - Keputusan untuk meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bekas pengerusi jawatankuasa usul muktamar Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Abdul Hadi telah mengarahkannya untuk berbuat demikian dalam mesyuarat pada hari kedua muktamar, minggu lalu.

Katanya, selain Abdul Hadi, mesyuarat itu turut dihadiri Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan bekas Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

"Asalnya usul yang dibawa Dewan Ulama itu memang untuk dibahas. Tetapi pada hari kedua muktamar, presiden dan mursyidul am, timbalan presiden yang baharu, timbalan presiden yang lama dan setiausaha agung panggil saya dan meminta usul itu dijadikan usul tanpa bahas.

"Dalam mesyuarat itu, saya telah sebutkan mengenai implikasi sekiranya usul itu dibahas atau tidak dibahas. Tetapi semuanya mahu usul itu dilulus tanpa dibahas, jadi saya ikut arahan saja," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, meskipun usul itu telah diarahkan untuk dilulus tanpa dibahaskan, muktamar masih mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan itu.

"Dalam muktamar, ahli Majlis Syura Ulama juga merupakan sebahagian perwakilan. Jika mereka mahu usul itu dibahaskan, mereka boleh buat begitu kerana kuasa muktamar kuat.

"Mereka boleh cadangkan kepada pengerusi tetap dan kalau majoriti bangun sokong, saya percaya usul itu boleh dibahaskan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Pas tidak perlu mengadakan satu muktamar khas untuk membincangkan semula usul berkenaan.

"Bagi saya muktamar khas tidak perlu kalau itu sudah diputuskan. Sepatutnya semua pihak harus peka pada hari muktamar," katanya.
 

 

1 orang berkata:

Anonymous said...

Entah macam mana mereka berpolitik, kunun landasan islam tapi ada lebel Jebon, Tolol, Barua, Bila mengundi pakai cai....Tapi mulut dok kata Isle Isle Isle.
Dewan Ulama pun satu main redah je usul, bila dah lulus tapi ahli Pas tak nak lepas Jawatan, rasa saying ke, rasa fulus ke...Apa pun tak kan nak U-TURN malu lah Jemaah Ulama
Nampak lemah nya mereka berpolitik betul-betul mcm Lebai Malang. Apa pun nasi dah jadi bubur Saya meyeru semua yg berjawatan dengan hati terbuka letak lah jawatan demi MARUAH dan Pilih lah ULAMA BUKAN RINGGIT ok.
Lucu...Mulut Isle Isle tapi akhlak berpolitik MasyaAllah.

Tak apa kita tunggu, selagi tidak meletak jawatan isu ini tak akan reda bro. Rakyat akan terus follow dan Up Date tau.

PILIH ULAMA BUKAN RINGGIT
kita KUAT dan Membangun Bersama Kepimpinan Cai

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.