Pas umum lantikan AJK baharu 21 Jun
KUALA LUMPUR - Pas akan mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Pusat baharu serta biro-biro parti pada 21Jun depan.
Perkara berkenaan disahkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat Pas.
"Malam ini adalah mesyuarat pertama untuk mengesahkan beberapa cadangan seperti jawatankuasa tambahan dan lantikan lajnah. Perkara-perkara lain kita tidak bincang.
"Bagi lantikan baharu, dalam peruntukan ada enam tambahan jawatan yang akan diumumkan kemudian," katanya.
Ditanya adakah ahli Pas yang kalah sewaktu pemilihan muktamar lalu akan dilantik semula, Tuan Ibrahim berkata, kebiasaannya pihak berkenaan akan dilantik semula menduduki beberapa jawatan.
"Ini prosedur biasa dan kita akan isytiharkan pada 21 ini," katanya.
Ditanya lagi mengapakah pengumuman ahli tersebut mengambil masa yang lama, beliau berkata, itu adalah prosedur biasa.
Diasak lagi dengan pertanyaan mengapakah tidak ada perbincangan mengenai isu memutuskan hubungan dengan DAP pada mesyuarat tersebut, beliau berkata, perkara berkenaan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama Pas.
"Usul itu hanya usul muktamar dan akan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama Pas. Mesyuarat itu saya tidak tahu bila," katanya.
Sementara itu menjawab mengenai kenyataan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang mengatakan keberadaan Pas dalam kerajaan Negeri Selangor adalah sesuatu yang pelik selepas memutuskan hubungan dengan DAP, Tuan Ibrahim berkata, Pas masih dalam PR.
"Ia bukan sesuatu yang pelik...Kita (Pas) masih sebahagian dari PR. Kerajaan selangor adalah kerajan PR.
"Kita masih lagi bekerjasama dengan baik di Selangor," jelasnya.

3 orang berkata:
pusing jgn x pusing..
Padan muka ulamak kamu sdan kamu sendiri pala bapakarmu dihina oleh DAP.terimalah dengan hati yang tenanag,letak semua jawatan,janagn bimbang,
Dituntut > Pas dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang mesti letak jawatan dulu demi menjaga maruah Ulama dan Muktamar.Kata dah putus tapi masih nak kerja dengan DAP. Kan DAP nak ganti puak tu dengan Melayu lain. Tuan Haji kalau dah putus LETAK JE LAH JAWATAN tak kan masih terkinja-kinja kata masih belum muktamad.
Saya memilih untuk mendengar dan patuh kepada Muktamar jadi lepas lah jawatan tu dalam mencari Redha Allah. Di mulakan dengan jawatan di Pulau Pinang dulu. Pernah dengar ke UMNO Perak lantik ahli majlis dari PKR atau DAP atau PAS. Tak ada kan kerana tiada hubungan. Jadi begitu lah di Pulau Pinang bila tiada hubungan wajar pulang balik apa yg diberi. Bagi lah peluang Melayu lain yg isi jawatan tu.
Kita mesti jaga maruah ulama, kita mesti pilih ulama dari ringgit dan kita mencari Redha Allah tidak bersekongkol dgn DAP.
Patuhi Muktamar dan dengar usul Dewan Ulama
Post a Comment