Seorang lagi ahli MPSP letak jawatan
GEORGETOWN - Seorang lagi Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dari Pas menyerahkan surat peletakan jawatan kelmarin.
Exco Kerajaan Tempatan, Chow Kon Yeow berkata, Dahalan Fazil menyerahkan surat itu dengan tangan ke pejabatnya di Komtar pada petang Selasa (16 Jun).
“Saya bagi pihak Kerajaan Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kepada beliau atas sumbangan dan perkhidmatan sebagai Ahli Majlis selama ini," katanya dalam kenyataan media semalam.
Dahalan dilantik sebagai Ahli Majlis menerusi penamaan oleh Pas pada tahun ini dan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua MPSP pada 7 Januari lalu.
Dahalan dilantik dalam tiga jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pelesenan dan Penguatkuasaan, Jawatankuasa Lalulintas dan Infrastruktur dan Jawatankuasa Perancangan, Pembangunan dan Pengindahan.
Sebelum ini, Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Mhd Nasir Yahya meletak jawatan dengan menyerahkan surat bertarikh 15 Jun kepada Kon Yeow.
Peletakkan jawatan itu dibuat selepas Setiausaha Pas Pulau Pinang, Mohd Fadzil Kemi dipecat dari jawatannya sebagai Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri (Gred S41).
Pemecatan Mohd Fadzil berkuat kuasa Jumaat lalu apabila menerima sendiri notis bertarikh 12 Jun dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang.
Sehari sebelum itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengesahkan Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Rosidi Hussain meletak jawatan sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang.
Sementara itu, Sabtu lalu (6 Jun), bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (Mat Sabu) memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub.
Dua hari selepas tindakan Mat Sabu itu, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menerusi laman Facebooknya turut mengumumkan peletakan jawatan serta merta sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang.

0 orang berkata:
Post a Comment