Pelik kenyataan DAP, PR tiada ketua
GEORGETOWN - PR adalah gabungan Pas-DAP-PKR dengan tiada mana-mana parti yang boleh menjadi ketua kepada gabungan ini.
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang baharu dilantik, Muhammad Fauzi
Yusoff berkata, amalan biasa ialah tindakan dilakukan melalui
permuafakatan dan persepakatan.
Beliau berkata, agak pelik apabila DAP membuat satu kenyataan
seolah-olah mengetuai PR tanpa sebarang perbincangan melibatkan
ketiga-tiga parti.
"Namun jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan DAP
berhasrat untuk keluar dari PR, itu adalah lojik dan sesuai dengan
kedudukannya sebagai Setiausaha Agung DAP.
"Setakat ini PKR Pusat belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kemelut ini.
"Maka Pas Pulau Pinang menegaskan bahawa hubungan dengan PKR negeri
berjalan seperti biasa," katanya dalam kenyataan media sulungnya selepas
mengambil alih jawatan itu dari bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad
Sabu minggu lalu.
Oleh itu, Pas tiada sebarang masalah untuk menjalankan urus tadbir yang
cekap dan efisen demi kemaslahatan rakyat khususnya di Pulau Pinang.
Menurutnya, suasana politik yang tidak menentu ini sedikit sebanyak meresahkan pelbagai pihak.
Sehubungan itu, Pas Pulau Pinang berpendapat perlu ada suatu usaha untuk keluar dari semua kemelut.
"Lim Guan Eng yang menyatakan dengan tuntas bahawa PR telah berkubur adalah agak mengelirukan," katanya.
Mengenai pendirian Pas sendiri terutama berkenaan usul dalam muktamar
Pas, Fauzi berkata, sewajarnya semua pihak faham bahawa ia bawah bidang
kuasa Majlis Syura Ulama.
"Kita perlu bersabar dan akur dengan ketetapan yang akan dibuat nanti.
"Saya berharap semua masalah akhirnya dapat diselesaikan memandangkan
masih banyak usaha yang perlu dibuat bagi melestarikan kejayaan demi
kejayaan yang bakal dikecapi," katanya.
Muhammad Fauzi Yusoff


1 orang berkata:
Kenyataan LG Eng yang PR sudah mati menampakkan sikap sebenar Dap yang menganggap mereka ketua PR. Oleh kerana Pas jadi saingan dan tidak mahu jadi pak angguk, Dap secara kurang ajar melemparkan pelbagai tuduhan terhadap pas dan menjalankan jarum bercun memecahbelahkan kepimpinan pas, melagakan kumpulan ulamak dan professional. Hasrat Dap nampak seperti berjaya, tetapi hasil mukhtamar Pas mengecewakan Dap. Maka sessi cerca yang tidak bertamadun diulang semula oleh pemimpin2 Dap. Parti cina ini akan cuba memujuk beberapa pemimpin melayu yang tolol untuk menyertainya untuk digunakan sebagai buah catur bagi menguasai negeri2 yang tidak membenarkan bangsa asing(cina) menjadi menteri besar.Malang sekali ramai blogger2 melayu ikut rentak cina Dap mencemuh pemimpin2 melayu islam pas kerana kurang arif tipu muslihat cina dap.
Post a Comment