Krisis PR: Pas ‘pengsan’, tak mampu berfungsi baik
KUALA TERENGGANU – Pas masih mempertahankan PR selari dengan keputusan
Muktamar Pas ke-61 bahawa Pas tetap kekal dalam pakatan pembangkang.
Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sekalipun menyifatkan Pas ‘pengsan’ dan tidak mampu berfungsi baik pada masa ini berikutan krisis Pas dan DAP, beliau memberitahu bahawa PR masih boleh berjalan dengan keanggotaan daripada Pas dan PKR.
Menurutnya, sebagaimana pada 2001 apabila DAP secara bersendirian keluar daripada Barisan Alternatif (BA), Pas dan PKR atau KeAdilan pada masa itu tetap meneruskan BA sehinggalah sebelum PRU 2008, apabila DAP bersetuju menyertai Pas dan PKR yang kemudian bertukar nama baharu kepada PR.
“Saya sebut Pas dengan PKR sebagaimana 2001 itu masih boleh berjalan. Dengan DAP dia tidak hendak dah, kita tidak boleh paksa orang tidak hendak. Pas dan PKR masih boleh berjalan berdasarkan pengalaman 2001 dulu. Oleh kerana DAP sudah putus sama sekali, tidak mungkin (bersatu kembali) dengan Pas. Tidak bolehlah. Nak kahwin macam mana orang tidak hendak dekat kita.
“Pas masih bersama PR dari sudut dua daripada tiga. PKR tidak putus dengan Pas, yang putus dengan Pas ini DAP,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, di sini, hari ini.
Sehubungan itu katanya, PKR memainkan peranan penting dalam mengekalkan PR memandangkan DAP telah pun membuat pengumuman awal bahawa PR sudah tidak wujud.
Ia ekoran Muktamar Pas telah meluluskan usul tergempar Dewan Ulama Pas untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Bagaimanapun Mustafa memberitahu dalam konteks Pas, keputusan muktamad belum diputuskan lagi kerana perkara itu akan dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Syura Ulama yang belum pun mengeluarkan sebarang keputusan buat masa ini.

5 orang berkata:
Pas dah tak pas (Gagal). Gi balik kampung nun sanaaa... Jgn buat kacau kg org lain yg aman makmur dan maju.
Pkr dah menggelupor. Sbb. Dap dah ada lebih kerusi di dun selangor, pas boleh balik kampong. Tapi pkr nak pegi mana?
Dap masih kukoh di penang.
Bila azmin jumpa tuanku al sultan kita akan tau nasib pkr di selangor. Bila pas balik kampong, yang punya kerusi majoriti ialah Dap. Adakah tuanku al sultan akan restu ,jika cina dap yang lebih berkuasa?
Melalak lah kau.hentamlah pas. Pas mungkin hilang kuasa bersama. Tapi melayu selangor akan jadi melayu bacol.sanggop memjadi boneka cina dap.
Hanya cina dan penjilat cina sahaja yang gembira dengan ketiadaan pas dalam kerajaan selangor.
Buat PRN Selangor lah kalau berani.. Baru tau Pas duduk kat mana. Balik kampung tanam jagung. Cina ada atau takde orang2 Melayu yg semakin bijak dan berdikari tetap ke depan tanpa perlu jd penjilat mana2 bangsa pun. Berdiri di atas kaki sendiri lg bagus.
Melayu2 tolol yg suka meminta2 menadah tangan akan terus takut dgn bayang2 sendiri gaya peminta sedekah spt brim, bram, broom...kah kah kah
Pas dan org2 Melayu yg makan rezeki hasil dari kerajaan sekular kafir cina DAP, MCA, Gerakan boleh dikira haram ke tidak? Umno kerajaan Melayu rasuah dan perompak duit rakyat.
Umno perosak Melayu. Pas perosak Islam.
Post a Comment